9 Lokasi Untung Untuk Letak Vending Machine Atau Mesin Layan Diri Anda
1. Sekolah
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai untuk ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
Kawasan sekolah antara lokasi yang dapat memberikan keuntungan yang lumayan bagi vending machine atau mesin layan diri jenis air tin dan hot and cold. Pelajar-pelajar sekolah sangat suka membeli air mengunakan vending machine atau mesin layan diri. Mungkin bagi mereka mesin ini agak unik dan canggih. Ada beberapa kawan saya yang meletakkan vending machine atau mesin layan diri air tin dan hot n cold ini di kawasan sekolah memberi tahu, kadang-kadang pagi restock air, petang dah kena restock balik. Wow..Kencangkan….
Perlu kita ketahui juga pick hour bagi mesin ini beroperasi disekolah adalah pada waktu rehat. Jadi, pelajar-pelajar sekolah ini akan berdiri beratur untuk membeli mengunakan vending machine atau mesin layan diri tersebut . Jadi, pastikan mesin ada dapat beroperasi dengan baik setiap kali tiba waktu ini. Pasti duit syiling,cawan,stock air tin dan sebagainya ditambah secukupnya supaya tidak membantutkan sale anda pada waktu tersebut dan bukan itu sahaja takut kejadian tendang menendang akan berlaku jika mesin layan diri anda gagal untuk berfungsi dengan baik.
Walaupun keuntungan disekolah memberikan pulangan yang lumayan. Perlu anda ingat sale akan jatuh menjunam pada waktu cuti sekolah. Oleh itu, pastikan anda bersedia akan keadaan ini.
- Universiti @ Pusat Pengajian Tinggi
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Mesin coklat
Universiti juga antara tempat sering mendapat sambutan terutama dikawasan kolej kediaman dan fakulti. Vending machine atau mesin layan diri di kawasan universiti merupakan keperluan kerana kebiasaannya kawasan food court adalah jauh daripada kolej kediaman dan food court akan tutup pada waktu malam. Jadi , pelajar-pelajar universiti yang lapar pada tengah malam akan mengunakan vending machine atau mesin layan diri ini.
Lokasi seperti universiti juga hampir sama seperti sekolah .Sale akan kurang pada setiap kali musim cuti sem. Oleh itu, buat sedikit kajian terperinci mengenai sesuatu kawasan tersebut supaya anda dapat mengawal kadar kerugian pada musin cuti sem.
- Pusat Sukan
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Mesin coklat
Kebiasaannya, orang yang sedang haus dan letih bermain futsal mahupun badminton biasanya confirm mereka akan cari air. Jadi sini kita dapat lihat permintaan bagi mesin air tin diperlukan. Kawasan seperti sport centre anda perlu letak air seperti 100 plus,redbull,isotonic dan sebagainya sebab kalau jual minuman bergas kurang laku sebab mereka-mereka yang datang kesini adalah mereka yang menjaga kesihatan. Ada kalanya kawasan seperti ini juga sukar untuk ditempatkan vending machine atau mesin air tin sebab kebiasaannya sport centre tu sendiri pun dah jual air tin melainkan dengan persetujuan dari pihak mereka sendiri . Jadi, yang penting adalah anda kena bertanya kepada owner kawasan tersebut untuk mendapatkan kebenaran bagi meletak vending machine atau mesin layan diri anda.
- Kawasan Hentian Rehat @ RnR
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Kawasan hentian rehat adalah lokasi yang sangat berharga dan lumayan bagi semua jenis vending machine atau mesin layan diri. Ia juga boleh dikatakan lubuk emas terutama bagi vending machine atau mesin layan diri kerusi urut. Anda boleh lihat terdapat banyak vending machine atau mesin layan diri kerusi urut yang ditempatkan di kawasan hentian rehat. Jika anda tinjau dan perhatikan di kawasan hentian rehat Tapah, hampir 16 unit vending machine atau mesin layan diri kerusi urut layan diri telah pun ditempatkan di hentian rehat tersebut. Ini menunjukkan permintaan yang sangat tinggi bagi mesin layan diri seperti vending machine atau mesin layan diri kerusi urut.
Tetapi, kawasan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat untuk anda tempatkan vending machine atau mesin layan diri kerana anda memerlukan portfolio syarikat yang bagus bagi meyakinkan pihak lebuh raya. Selain lokasi yang terhad, persaingan juga sangat tinggi melibatkan syarikat-syarikat vending machine atau mesin layan diri yang besar.
- Pusat Beli Belah @ Shopping Mall
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Shopping Mall adalah Lokasi yang paling terbaik dalam banyak-banyak lokasi bagi menempatkan vending machine atau mesin layan diri. Ini disebabkan shopping mall atau pusat membeli belah adalah tempat yang akan sentiasa ada orang yang datang mengunjungi terutama pada hari sabtu dan ahad. Walau dicelah mana sekalipun anda tempatkan vending machine atau mesin layan diri anda di dalam shopping mall, anda tetap akan mendapat keuntungan yang lumayan. Anda juga boleh tempatkan apa sahaja jenis vending machine atau mesin layan diri yang anda inginkan kerana ianya kawasan yang bertutup, bersih dan berhawa dingin.
Kawasan bagi menempatkan vending machine atau mesin layan diri ini semenangnya mendatangkan keuntungan. Di sebabkan ia mendatang keuntungan yang lumayan, persaingan untuk mendapatkan lokasi juga amatlah tinggi. Selain itu juga, kadar sewa yang dikenakan bagi sesuatu unit vending machine atau mesin layan diri adalah tinggi. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan kadar sewa yang dikenakan supaya kelak tidak menjerut leher anda untuk membayarnya.
Bagi mendapatkan lokasi di dalam shopping mall anda perlu pantas dan mempunyai portfolio yang bagus bagi melayakkan vending machine atau mesin layan diri anda untuk ditempatkan dikawasan shopping mall.
- Dobi Layan Diri 24 Jam
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Kepada anda yang baru memulakan perniagaan vending machine atau mesin layan diri saya sangat mengesyorkan kepada anda untuk menempatkan vending machine atau mesin layan diri anda di dobi layan diri 24 jam. Persoalannya adakah ianya menguntungkan?
Jawapannya Ya menguntungkan kerana ianya beroperasi 24 jam. Salah satu rahsia bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi bagi sesuatu vending machine atau mesin layan diri ialah lebih panjang masa beroperasi , lebih banyak orang yang akan mengunakan vending machine atau mesin layan diri anda.
Untuk mendapatkan lokasi seperti dobi layan diri amatlah mudah kerana sekarang ini terdapat banyak dobi layan diri diluar sana yang masih baru dibuka dan memerlukan khidmat vending machine atau mesin layan diri seperti air tin, hot and cup,kerusi urut , mesin snack dan sebagainya. Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat vending machine atau mesin layan diri dikawasan ini.
Lebih mudahnya jika owner kawasan bersetuju ingin menempatkan vending machine atau mesin layan diri dari pihak anda , anda boleh mula letak pada bila-bila masa.
Nasihat saya anda perlu lakukan dengan segera kerana jika anda tidak letak , orang lain akan letak kelak.
- Car Wash
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Cari Carwash yang beroperasi lebih 12 jam, besar dan mempunyai customer yang ramai setiap hari. Untuk mendapatkan lokasi seperti car wash juga adalah sama seperti mendapatkan lokasi bagi dobi layan diri . Ianya amatlah mudah kerana banyak car wash yang berada diluar sana yang anda boleh pilih. Cuma anda perlu cari kawasan yang bersesuaian bagi menempatkan vending machine atau mesin layan diri anda .Jika anda ingin menempatkan vending machine atau mesin layan diri kerusi urut pastikan car wash tersebut mempunyai waiting room.
Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat vending machine atau mesin layan diri di tempat tersebut.
Pastikan car wash yang anda tempatkan bagi vending machine atau mesin layan diri anda mempunyai pelanggan yang ramai dan hampir setiap hari beroperasi. Jika tidak mungkin anda akan mengalami kerugian.
- Masjid
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Masjid boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya masjid tersebut adalah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai banyak aktiviti. Terutama pada bulan Ramadan, sudah semestinya vending machine atau mesin layan diri anda akan menjadi tumpuan utama. Untuk memohon lokasi seperti masjid, anda boleh berjumpa dengan AJK atau imam masjid yang menguruskan hal ehwal masjid tersebut.Jika anda tidak tahu mana satu AJK masjid anda boleh melihat dipapan kenyataan bahagian carta organisasi yang disediakan di setiap masjid.
- Kaunter-Kaunter Menunggu
Jenis vending machine atau mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Tempat menunggu yang dimaksud adalah kawasan seperti kaunter –kaunter kerajaan seperti JPN, JPJ dan sebagainya. Cari kaunter-kaunter menunggu yang orang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran mereka. Bila mereka boring, haus atau lapar mereka akan mudah untuk mengunakan vending machine atau mesin layan diri anda. Tapi kawasan-kawasan sebegini juga agak terhad dan limited untuk kita dapatkan .Jadi, kalau anda ada peluang boleh try.Mane lah tahu rezeki anda.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Machine pelbagai produk (Combo)Snack/Air Kotak/Coklet)
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps Hotline To Kenshou Vending Crew : 010 231 7188 @ Auto wasap klik je >>>http://kenshou.wasap.my <<<
Info lanjut produk kami di:-
https://kenshou.vendingmachine.com.my
Atau like FB page kami di https://facebook.com/vendingexpert
Penulis: Amir LCS
Leave a Reply