Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 5 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah!

September 18, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

5 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah!

80
SHARES
ShareTweet

Setiap seorang rakyat Malaysia tak boleh lari dengan syurga makanan dan minuman di negara kita. Sentiasa ada menu baru dan menarik.  Setiap makanan dan minuman akan berevolusi menjadi makanan dan minuman fusion yang kena dengan tekak rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Minuman pun ada pelbagai variasi yang sedap dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

1. Teh Tarik

.com/

Teh tarik sememangnya merupakan minuman yang digemari ramai dan ia turut terkenal di Indonesia. Nama teh tarik itu sendiri diambil daripada kaedah untuk membuatnya di mana ia perlu ditarik sebelum boleh dihidangkan. Selepas serbuk minuman teh dan juga susu yang menjadi bahan utama untuk membuat teh tarik dicampur menjadi satu, campuran tersebut dituangkan ke dalam gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh seolah-olah sedang ditarik oleh pembuatnya.

Teh tarik pada pertama kalinya dibuat oleh Mamak atau India Muslim di Malaysia dan ia telah menjadi sebab kenapa ramai penjual teh tarik berbangsa India terutama yang beragama Islam. Minuman satu ini sesuai diminum secara panas ataupun sejuk, tetapi ramai yang gemar menikmatinya dalam keadaan panas.

2. Air Bandung

.com/

Air bandung atau dikenali juga sebagai sirap bandung adalah minuman yang sememangnya terkenal dan digemari ramai di Malaysia. Selain daripada Malaysia, sirap bandung juga turut terkenal di negara Singapura dan Brunei.

Ianya sangat mudah untuk dibuat dan bahan utamanya adalah susu sejat atau susu pekat yang di kemudiannya dicampur dengan sirap mawar. Proses ini memberikan warna merah jambunya yang tersendiri dan terang. Di Malaysia, sirap bandung banyak disajikan di gerai-gerai milik bangsa Melayu dan juga Mamak.

3. Jus Laici

.com/

Laici merupakan sejenis buah tropika yang sememangnya dikenali ramai. Laici atau dikenali juga dengan ejaan Lichi atau Litchi berasal daripada China dan juga seluruh Asia Tenggara. Buah laici dan longan berasal daripada jenis yang sama dan mempunyai bentuk yang hampir sama. Jika di Malaysia, buah longan lebih mudah untuk didapatkan berbanding buah laici.

Jus sangat menyegarkan dan ringan. Ia adalah minuman yang mudah untuk dibuat dan dapat menghilangkan rasa dahaga yang baik pada hari yang panas. Anda disarankan untuk menambahkan buah laici ke dalam jus ini bagi menaikkan lagi rasanya. Buah-buah laici itu kemudiannya dapat dinikmati selepas selesai minum jus laici tersebut.

4. Ipoh White Coffee

.com/

Seperti mana namanya, kopi ini berasal daripada Ipoh tetapi bertentangan dengan namanya, kopi ini tidak berwarna putih. Namanya berasal daripada teknik memanggang di mana biji kopi dipanggang dengan ringan dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh.

Asal-usul cara memanggang ini selalu dikaitkan dengan pendatang Hainan yang menetap di Malaysia yang mengadaptasi teknik klasik untuk membuat minuman yang mempunyai rasa kopi dan karamel yang ringan. Kopi putih Ipoh biasanya diperkaya susu pekat dan biasanya mempunyai buih yang ringan di permukaan air kopi ini.

5. Milo Ais

.com/

Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Ianya merupakan minuman coklat dan malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Pasifik. Di Malaysia, rakyatnya gemar menikmatinya secara sejuk dan tentu saja akan ditambah gula dan juga susu pekat.

Antara variasi yang popular adalah ‘Milo Dinosaur’. Tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh mendapat namanya. Ia secara ringkasnya adalah Milo Ais dengan tambahan serbuk Milo sebagai topping.

Antara Kebaikan Herba Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sejak sekian lama, herba yang tumbuh meliar di hutan telah digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional malah juga kini dalam rawatan moden.

ini rupanya kebaikan herba-herba yang mungkin anda tak tahu

#1 – Kunyit Bantu Turunkan Berat Badan

Kunyit yang sering digunakan dalam masakan harian dipercayai mampu mengurangkan bengkak, melawan tanda awal penuaan, serta melawan jangkitan bakteria dalam badan. Malah kunyit juga dilaporkan mampu membantu untuk mengurangkan berat badan.

#2 – Bunga Cengkih Mampu Hilangkan Bau Nafas

Dengan nama saintifiknya, Syzygium aromaticum, colves atau bunga cengkih sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan menghilangkan sakit gigi kerana ia bersifat antiseptik. Malah dalam perubatan di negara China. Cengkih sering juga digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.

#3 – Kulit Kayu Manis Melawan Diabetes

Dikenali sebagai cinnamon, kulit kayu manis merupakan rempas ratus yang diambil daripada bahagian dalam kulit batang pokok jenis Cinnamomum. Penggunaan kulit kayu manis dalam masakan begitu meluas seperti dalam sup, kopi, malah turut digunakan sebagai bahan kecantikkan. Antara kebaikkan kulit kayu manis adalah untuk membaiki tisu rosak, mengurangkan bengkak, sakit otot, kejang serta membantu gula rendah dalam darah.

 

 

 

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Adila LCS

Comments

comments

80
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized Tagged With: herba bagus, herba turunkan berat, kebaikan herba, khasiat serbuk minuman, OEM Serbuk Minuman, pembekal serbuk minuman vending machine, serbuk minuman, serbuk minuman berperisa, serbuk minuman coklat, serbuk minuman hazelnut, serbuk minuman horlick, serbuk minuman malaysia, serbuk minuman mocha, serbuk minuman murah, serbuk minuman sedap, serbuk minuman teh tarik, serbuk minuman terbaik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

mesin layan diri atau vending machine – mesin pesanan makanan

Di Jepun, banyak restoran kasual yang menjual Tonkatsu, kari, teishoku, udon / […]

PART TIME RUNNER DIPERLUKAN…

Ini Adalah kerja part time tak kesahlah berapa ramai pon..kerja base on […]

Apakah Jenis Perniagaan Mesin Vending & Mesin layan diri yang Tepat untuk Anda?

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan sebelum melabur dalam perniagaan mesin penjual […]

Vending Machine atau mesin layan diri pembuat pizza

    Vending Machine atau mesin layan diri pembuat pizza tidak asing […]

Pengetahuan asas memulakan perniagaan vending machine @mesin layan diri

Vending machine merupakan suatu alat atau mesin yang menjual barangan atau perkhidmatan […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2023 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in