Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / Koko Minuman Berkhasiat & Banyak Manfaat. Tak Rugi Jadikan Amalan!

August 23, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

Koko Minuman Berkhasiat & Banyak Manfaat. Tak Rugi Jadikan Amalan!

80
SHARES
ShareTweet

Menikmati minuman koko sama ada panas atau sejuk memang nikmat rasanya. Rasa lemak koko digemari bukan sahaja oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui kandungan khasiat yang boleh diperoleh daripada amalan menikmati serbuk minuman berasaskan koko ini.

Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik.

Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Manakala serbuk minuman koko pula merupakan produk yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk minuman koko bukan produk utama tetapi serbuk minuman koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.

Khasiat minuman koko

1. Antioksida

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperoleh daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan terpenting yang terdapat di dalam koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

2. Berupaya kurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap daripada koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai minuman yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan serangan penyakit akibat penyakit koronari jantung.

3. Mampu meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

4. Mampu melambatkan proses penuaan

Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangka masa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama lima hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.

 

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Adila LCS

Comments

comments

80
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized Tagged With: khasiat serbuk minuman, OEM Serbuk Minuman, pembekal serbuk minuman vending machine, serbuk minuman, serbuk minuman berkhasiat, serbuk minuman berperisa, serbuk minuman campuran segera, serbuk minuman coklat, serbuk minuman kopi, serbuk minuman malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

NAK BISNES VENDING MACHINE @ MESIN LAYAN DIRI?

Ramai yang berangan angan nak buat bisnes vending machine @ mesin layan […]

MESIN LAYAN DIRI AIR TAPISAN @ WATER FILTER VENDING MACHINE

Mesin Layan Diri Air Tapisan @ Water Filter Vending Machine Mesin layan […]

Eyelash Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Kami lebih banyak menggunakan vending machine @ mesin layan diri untuk membeli […]

Bagaimana Untuk Mengurus Dan Servis Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Bagaimana Untuk Mengurus Dan Servis Vending Machine @ Mesin Layan Diri Apabila […]

9 Fakta Mengenai Serbuk Minuman Milo

1)MILO diperkenalkan pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne  yang merupakan seorang ahli […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in