Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / blog / Asas Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Vending Machine @ mesin dobi layan diri

May 13, 2017 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

Asas Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Vending Machine @ mesin dobi layan diri

96
SHARES
ShareTweet

gambar hiasan

Sebelum menceburi dunia perniagaan Vending mesin , beberapa perkara perlu diambil kira oleh bakal usahawan. begitu juga dengan perniagaan Dobi Layan diri. Antara faktor-faktor yg perlu dilihat adalah:

 

1.PENUBUHAN SYARIKAT.

Bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat secukupnya sebelum menubuhkan sesebuah syarikat. Seringkali diberitahu mengapa ramai yang memilih untuk menubuhkan syarikat enterprise adalah kerana ianya mudah, tidak perlu menghantar akaun syarikat kepada ssm dan sebagainya. Dapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi-agensi yang dilantik sebagai wakil ssm, dan buat keputusan yang terbaik bergantung kepada keupayaan sendiri.

 

2. PEMILIHAN JENIS PERNIAGAAN SAMAADA FRANCAIS ATAUPUN SENDIRI.

Bagi yang ingin menceburi perniagaan francais mesin dobi layan diri, banyak perkara yang perlu ditimbangkan bergantung kepada keupayaan. Bagi perniagaan francais beberapa faktor perlu di ambil kira seperti yuran bayaran yang dikenakan (yuran francais, yuran pengiklanan, yuran pentadbiran, yuran latihan, royalty bulanan dan lain-lain caj). Dapatkan maklumat secukupnya dan buat keputusan bergantung kepada keupayaan diri.

 

3. SEBELUM MEMBELI PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI YANG TELAH BEROPERASI.

Mengapa hendak menjual perniagaan dobi layan diri yang sediaada? Nak balik kampung, tiada siapa yang hendak menjaga, berpindah ke negeri lain (alasan yang selalu diberikan dan jangan terkejut 2 3 bulan berikutnya masih berada di KL). Sebelum membeli sesuai perniagaan dobi layan diri buat kaji selidik mengapa pengusaha hendak menjual perniagaan tersebut. Cuba hantar pakaian ke kedai berkenaan dan lihat sekiranya terdapat kekurangan dari segi khidmat pelanggan (seperti yang telah saya terangkan terlebih daulu, khidmat pelanggan memainkan peranan yang penting didalam setiap organisasi) dan cuba bertanya kepada jiran sebelah tentang perjalanan perniagaan dikawasan tersebut. Setelah berpuas hati, buat kaji selidik bagi mesin dan peralatan yang sedia ada seperti keadaan sesebuah mesin tersebut dan jangkamasa penggunaan mesin. Disamping itu juga bakal usahawan berhak untuk memeriksa rekod jualan dan rekod untung rugi perniagaan sebelum membuat pembelian, ini untuk melihat perjalanan perniagaan tersebut. Buat kajian sebaik mungkin dan buat keputusan atas keupayaan diri.

 

4. PEMILIHAN KONSEP PERNIAGAAN.

Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan yang berkonsepkan ‘Café Laundry’ dan ‘self service laundry’. Di negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi layan diri  adalah kerana;

1) setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian,

2) gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.

Walauapapun konsep yang ingin dibuat pastikan ianya sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. Tidak semua konsep yang dijalankan diluar negara dapat dijalankan di Malaysia atas beberapa faktor. Saya pernah diminta oleh beberapa syarikat yang ingin memasarkan konsep perniagaan mereka kepada peserta kursus saya, memikirkan yang ianya hanya memihak kepada saya (dari segi komisyen) tetapi tidak kepada peserta saya, jadi saya menolak.

 

5. PEMILIHAN TAPAK DAN LOKASI.

Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Kawasan hendaklah tumpuan dan laluan orang ramai. Keluasan yang diperlukan adalah 20’ x 60’, kepadatan penduduk tidak kurang dari 10,000 orang, 50% daripadanya adalah bumiputera dan berpendapatan sederhana dan tinggi.

 

6. SUSUN ATUR PREMIS PERNIAGAAN.

Susun atur memainkan peranan penting bagi sebuah premis perniagaan. Susun atur yang baik akan memudahkan aliran kerja dan dapat menjimatkan masa disamping premis akan menjadi lebih teratur dan bersistematik.

 

7. PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN

Pada masa kini terdapat pelbagai jenama bagi mesin vending dan peralatan bagi perniagaan dobi layan diri dan cucian kering dengan pelbagai harga. Bakal usahawan dinasihat untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat sebarang pembelian. Disini ingin saya maklumkan kepada bakal usahawan bahawa harga bagi mesin dan peralatan perniagaan bukanlah murah, ini kerana ianya direka khas untuk kegunaan industri. Saya sering ditanya pelbagai pihak sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin basuh seperti yang digunakan dirumah tetapi mempunyai kapasiti yang besar (harga lebih murah berbanding mesin basuh untuk perniagaan dobi). Disini saya ingin memaklumkan kepada bakal usahawan bahawa mesin basuh seperti itu di reka hanya untuk kegunaan rumah dimana basuhan hanya dilakukan sehari sekali, seminggu 1 atau 2 kali. Manakala bagi perniagaan dobi, mesin basuh akan mula ber operasi seawal 8 pagi sehingga selewat 8 malam. Bagi yang ingin menawarkan perkhidmatan yang lengkap dengan cucian kering ataupun cucian akua, dapatkan pengentahuan yang lengkap akan perbezaan diantara cucian kering dan cucian akua, tidak hanya mengenai keburukkan dan kebaikkan bagi kedua-dua cucian dari segi basuhan tetapi juga dari segi kos operasi dan fabrik. Juga pastikan mesin dan peralatan yang diberikan bukan yang direka sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan (bakal usahawan), ini kerana saya pernah ditawarkan untuk menjadi wakil jualan bagi beberapa buah syarikat yang meminta saya memasarkan produk rekaan mereka sendiri tetapi saya tolak.


8. SIMPAN KIRA DAN PENGURUSAN AM

Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi layan diri, dengan adanya system perakaunan dan rekod-rekod yang betul kita boleh ‘keep track’ rekod jualan dan dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan dilakukan oleh pekerja. Perlu diingatkan bahawa perniagaan ini adalah perniagaan pembayaran secara tunai.

 

9. PEMASARAN

Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna, dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang bankrup kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas, dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keperluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu kosep pemasaran ialah “perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna” supaya boleh mendapat keuntungan

 

10.PENETAPAN HARGA

Stratergy penetapan harga dobi layan diri  terbahagi kepada;

1-Stragegi Melebihi Harga Pasaran.
Lazimnya sasaran lebih kepada kelas atasan, mengikut jenama atau pun bagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan.

2-Strategi Mengikut Harga Pasaran.
*Bersaing berdasarkan kualiti, perkhidmatan ‘complimentary’ dan keadaan premis perniagaan.

3-Strategi Harga Bawah Pasaran @ ‘Loss Leader’
*Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,membuatkan perkhidmatan pesaing sebagai perkhidmatan mahal.

4-Penetapan Harga Secara Psikologi seperti Bata

11. WAKIL KHIDMAT PELANGGAN
Kebanyakkan pengusaha dilihat kurang memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang di tempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej sesebuah organisas. Antara ciri-ciri wakil khidmat pelanggan ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan. Walaupun hanya perniagaan dobi layan diri  tetapi ingat imej adalah segalanya.
12. PENGETAHUAN DAN LATIHAN AMALI (PRACTICAL TRAINING)
Pengetahuan merupakan aspek penting bagi setiap bakal usahawan dan juga usahawan sediada. Bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia perniagaan ini saya galakkan menghadiri kursus yang dianjurkan. Kursus yang dianjurkan akan memberi pendedahan yang secukupnya tidak hanya dari segi teori tetapi yang lebih mengutamakan latihan amali (ketahui cara-cara proses basuhan, proses pengeringan dan proses penghabisan/gosok yang betul kerana setiap apa yang dilakukan merupakan kos kepada pengusaha sbg cth: setiap gosokkan hanya 3 minit dan kosnya ialah RM0.60 dan setiap penambahan adalah RM0.20 seminit). Tidak hanya mementingkan perjalanan operasi perniagaan tetapi juga mengambil kira aspek pemasaran, simpan kira dan pentadbiran am.Dan tidak hanya menitik beratkan 1 jenis basuhan (cucian kering ataupun cucian akua) tetapi memberi pendedahan berkenaan kepada kedua-dua jenis basuhan agar bakal usahawan dapat menentukan sendiri jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan (perlu diberi perhatian kerana margin untuk kedua-dua jenis basuhan ini adalah tinggi berbanding basuhan biasa). Secara peribadinya saya ingin nyatakan disini bahawa modal dan minat sahaja tidak mencukupi bagi menceburi dunia perniagaan. Latihan dari segi fizikal juga perlu untuk bakal usahawan didalam persiapan sebelum melakukan pelaburan yang besar. LAKUKAN PELABURAN YANG KECIL (MENGHADIRI KURSUS) SEBELUM MELAKUKAN PELABURAN YANG BESAR (PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN).

 


wp69b3df95

Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-

  1. Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
  2. Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
  3. Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
  4. Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
  5. Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
  6. Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)

WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi   010 231 7188

Office dan Showroom & Kilang Di:

 Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )

Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :-  http://bit.ly/1KhmoK1

Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special  Promo! Dapatkan Katalog klik di link ini http://goo.gl/NRTGTM

Kalau nak PM kami Di facebook  Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpertV

Comments

comments

96
SHARES
ShareTweet

Filed Under: blog Tagged With: apakah vending mesin layan diri, bisness dobi, buy vending machine, candy vending machine, coffee vending machine, coke vending machine, dobi 24 jam, dobi bajet, dobi business, dobi layan diri, dobi layan diri shah alam, healthy vending machine, Hot And Cold Vending Machine, ice vending machine, kebaikan dobi layan diri, mesin layan diri, mesin layan diri air tin, mesin layan diri cup, mesin layan diri makanan, mesin layan diri tuala wanita, mini vending machine, new vending machine, operator vending machine, pelaung perniagaan vending machine, pembekal 3in 1 instant powder, pembekal mesin dobi layan diri, pembekal mesin layan diri murah, pembekal vending mesin termurah di malaysia, rancangan perniagaan dobi, self service laundry, self service laundry malaysia, self service washing machine, snack vending machine, soda machine, used vending machine, vending companies, vending machine business, vending machine business for sale, vending machine cup, vending machine cup supplier, vending machine for sale, vending machine johor, vending machine makanan, vending machine malaysia, vending machine manufacture, vending machine operator, vending machine problem, vending machine sales, vending machine service, vending machine shah alam, vending machine supplier, vending machine untuk dijual, vending mesin air tin sejuk/botol, vendor machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

13 kelebihan perkhidmatan vending machine @ mesin layan diri

1. Boleh beroperasi 24jam 7 hari seminggu 365 hari setahun 2. Memberi […]

Apakah Jenis Perniagaan Mesin Vending & Mesin layan diri yang Tepat untuk Anda?

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan sebelum melabur dalam perniagaan mesin penjual […]

Vending Machine Massage chair@kerusi urut layan Diri menjadi side income rakyat Malaysia kini!! Jom baca ni..

Kenshou Vending Machine          Pernah atau tidak anda mendengar […]

Cara Mengeluarkan Mainan Dari Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Mungkin, setiap orang cuba mengeluarkan mainan dari vending machine @ mesin slot […]

5 Hidangan Yang Berasaskan Serbuk Minuman Malt Coklat

5 Hidangan Yang Berasaskan Serbuk Minuman Malt Coklat Minuman Malt Coklat Tabur […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in