Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 4 Minuman Yang Popular Dan Mudah Dibuat Dengan Menggunakan Serbuk Minuman

November 20, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

4 Minuman Yang Popular Dan Mudah Dibuat Dengan Menggunakan Serbuk Minuman

88
SHARES
ShareTweet

1. Teh Tarik

Teh tarik sememangnya merupakan minuman yang digemari ramai dan ia turut terkenal di Indonesia. Nama teh tarik itu sendiri diambil daripada kaedah untuk membuatnya di mana ia perlu ditarik sebelum boleh dihidangkan. Selepas teh dan juga susu yang menjadi bahan utama untuk membuat teh tarik dicampur menjadi satu, campuran tersebut dituangkan ke dalam gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh seolah-olah sedang ditarik oleh pembuatnya.
Teh tarik pada pertama kalinya dibuat oleh Mamak atau India Muslim di Malaysia dan ia telah menjadi sebab kenapa ramai penjual teh tarik berbangsa India terutama yang beragama Islam. Minuman satu ini sesuai diminum secara panas ataupun sejuk, tetapi ramai yang gemar menikmatinya dalam keadaan panas.

2. Ipoh White Coffee

Seperti mana namanya,kopi ini berasal daripada Ipoh tetapi bertentangan dengan namanya, kopi ini tidak berwarna putih. Namanya berasal daripada teknik memanggang di mana biji kopi dipanggang dengan ringan dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh.

Asal-usul cara memanggang ini selalu dikaitkan dengan pendatang Hainan yang menetap di Malaysia yang mengadaptasi teknik klasik untuk membuat minuman yang mempunyai rasa kopi dan karamel yang ringan. Kopi putih Ipoh biasanya diperkaya susu pekat dan biasanya mempunyai buih yang ringan di permukaan air kopi ini.

 

3. Teh Tiga Lapisan

Minuman sejuk ini dipanggil teh tiga lapisan kerana disebabkan ramuan teh yang berlapis di dalam gelas kaca yang tinggi. Teh ini sangat sesuai untuk dinikmati terutama pada hari yang panas terik bagi menyegarkan tubuh.

Seperti lapisannya, terdapat tiga bahan utama yang diperlukan untuk membuat teh ini. Lapisan bawah diperbuat daripada gula Melaka cair dan lapisan yang kemudiannya adalah susu pekat manakala pada bahagian paling atas adalah teh hitam pekat.

Ketumpatan setiap bahan membuatkan minuman ini mempunyai tiga lapisan. Orang akan mengacau dahulu sebelum minum air tersebut bagi mencampurkan bahan-bahannya. Minuman ini telah mendapat populariti selama beberapa dekad dan ia juga boleh didapati di seluruh Malaysia, tetapi jika anda mencari teh tiga lapisan yang asli, Sarawak adalah tempat yang harus anda kunjungi.

 

4. Milo Ais

Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Ianya merupakan minuman coklat dan malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Pasifik. Di Malaysia, rakyatnya gemar menikmatinya secara sejuk dan tentu saja akan ditambah gula dan juga susu pekat.

Antara variasi yang popular adalah ‘Milo Dinosaur’. Tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh mendapat namanya. Ia secara ringkasnya adalah Milo Ais dengan tambahan serbuk Milo sebagai topping.

Comments

comments

88
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

Vending Machine @ Mesin Layan Diri “Mi Express Kiosks”

Di India yang pertama, pembuat telefon pintar Cina Xiaomi telah melancarkan kiosk vending […]

Vending Machine @ Mesin Layan Diri 5 paling Pelik dari seluruh Arab

1. Gold bullion bars vending machine @ mesin layan diri – UAE […]

5 Vending Machine @ Mesin Layan Diri Yang Patut Ada Di Malaysia!

5 Vending Machine @ Mesin Layan Diri Yang Patut Ada Di Malaysia! […]

3 MANFAAT PENGGUNAAN VENDING MACHINE @ MESIN LAYAN DIRI DI PEJABAT

Memasang vending machine @ mesin layan diri di tempat kerja dapat memberikan […]

Kelebihan Menjalankan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Vending machine atau mesin layan diri membolehkan pelanggan membeli produk tanpa perlu […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in