Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 5 Hidangan Yang Berasaskan Serbuk Minuman Malt Coklat

September 29, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

5 Hidangan Yang Berasaskan Serbuk Minuman Malt Coklat

64
SHARES
ShareTweet

5 Hidangan Yang Berasaskan Serbuk Minuman Malt Coklat

Minuman Malt Coklat Tabur

Minuman coklat tabur adalah sejenis minuman yang perlu diminum sejuk. Ia tersedia apabila air coklat ais yang telah siap dibancuh, ditaburkan pula dengan serbuk minuman malt coklat pada permukaannya.

Serbuk malt coklat tidak larut kerana bancuhan asas dingin. Ini memberi peluang untuk penggemar merasai terlebih dahulu serbuk minuman coklat semasa menghirup minuman.

Tergantung jenama minuman malt coklat yang digunakan, sesetengah tempat memberikan nama seperti ‘Milo Dinosaur’ atau ‘Milo Tabur’ kerana ia menggunakan serbuk Milo.

Kuantiti yang ditaburkan berbeza-beza, mengikut tempat makan. Kebiasaannya golongan kanak-kanak akan tertarik dengan hidangan ini namun perlu diingatkan, penambahan serbuk malt coklat juga bermaksud penambahan kandungan gula dalam minuman. Jadi berpada-pada ketika meminumnya.

Chocolate Malt Drinks | Milo Dinosaur | Milo Godzilla [Nyonya Cooking] -  YouTube

NESLO

Neslo adalah minuman yang menggabungkan serbuk Nescafe dan serbuk Milo. Ia dibancuh bersama dan dihidangkan secara sejuk atau panas.

Neslo mempunyai rasa manis dan rasa coklat Milo bersama rasa sedikit pahit dari Nescafe selain aroma enak yang datang dari campuran dengan susu pekat atau gula secukup rasa.

Kini di Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan minuman ini di semua kedai makan malah anda sendiri boleh cuba membuatnya di rumah. Paling enak dinikmati di waktu pagi dalam bentuk panas.

Resipi Neslo Ais oleh Salina Jalaludin - Cookpad

Aiskrim Malt Coklat

Sebagai rakyat Malaysia anda pasti mengenali ‘Aiskrim Malaysia’ yang merupakan manisan ais ciptaan warga tempatan.

Aiskrim Malaysia berperisa malt coklat adalah antara perisa favourite ramai dan boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mudah.

Jika tidak jumpa plastik aiskrim Malaysia, boleh juga gunakan acuan ‘popsicle‘ atau aiskrim biasa yang boleh didapati di kedai-kedai biasa.

Tip kami– jangan kedekut dengan serbuk malt coklat dan letakkan sedikit susu cair dan susu pekat dalam bancuhan aiskrim anda untuk menjadikan ia lebih enak.

Aiskrim malaysia Cik Anieys, Food & Drinks, Local Eats on Carousell

Roti Tabur Malt Coklat

Kebanyakan masyarakat dunia menjadikan roti sebagai makanan utama di waktu sarapan. Anda boleh mencuba untuk membuat roti tabur malt coklat.

Caranya mudah, gunakan roti buku biasa, lebih elok jika roti putih. Taburkan serbuk malt coklat dan tuangkan sedikit susu pekat di atasnya. Kalau mahu variasi, boleh tambahkan hirisan pisang atau sedikit mentega kacang.

5 HIDANGAN ENAK BERASASKAN MALT COKLAT - Kenshou Vending Machine Layan Diri  Supplier & Operator

Kuih Berasaskan Malt Coklat

Kepada yang gemar membuat kuih, anda boleh mencuba untuk mengolah resipi kuih tradisional dan moden untuk menjadikan ia berperisa malt coklat.

Variasi kuih lain yang boleh dicipta berasaskan minuman malt coklat adalah puding coklat, dadih coklat dan sebagainya. Kuih-muih dan manisan ini menarik untuk dijadikan sajian minum petang anda.

Resepi Biskut Raya: Biskut Milo Rangup | Diva MY

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

 

Comments

comments

64
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri [Part 5]

Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri [Part […]

Vending Machine @ Mesin Layan Diri Kerusi Urut

Pernahkah anda terdengar mengenai mesin layan diri kerusi urut atau vending machine […]

Bagaimana Memilih Jenis Vending Machine Layan Diri Yang Sesuai ??

Di Malaysia bisnes vending machine ni masih baru dan kurang pilihan berbanding […]

24 Vending Machine @ mesin Layan diri yang hanya dijumpai di Jepun

24 Vending Machine @ Mesin Layan diri yang hanya dijumpai di Jepun […]

Auto Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Orang Jepun amat menyukai vending machine @ mesin layan diri mereka. Begitu […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in