Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 5 Bahan yang Boleh Menambah Kesedapan Serbuk Minuman Kopi

September 27, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

5 Bahan yang Boleh Menambah Kesedapan Serbuk Minuman Kopi

72
SHARES
ShareTweet

Rasa Kopi Lebih Unik Dan Sedap Jika Tambah 5 Bahan Ini

Kopi anda rasa kurang sedap ataupun anda sudah bosan dengan rasa kopi yang biasa? Anda boleh cuba tambah 5 bahan ini untuk menjadikan kopi anda lebih unik dan sedap.

#1 Serbuk kayu manis

Aroma kayu manis memang mengasyikkan. Apatah lagi kalau digabungkan bersama aroma segar kopi. Cuba maniskan kopi anda dengan kayu manis, ia dipercayai dapat meningkatan sistem imunisasi badan dan memperbaiki masalah tekanan darah rendah.

#2 Garam

Kopi anda rasa terlalu pahit? Pakar kopi kata cara paling terbaik untuk mengurangkan rasa pahit dengan mencampurkan sedikit garam. Namun ada juga yang berpendapat cara ini tidak mengubah rasa apa-apa pada kopi. Hmmm..yeke, apakata anda cuba dahulu.

#3 Telur mentah

Kalau di Vietnam ia merupakan minuman tradisional dimana masak kopi bersama telur, begitu juga di Sweden yang dipercayai sebagai kopi ‘pembekal tenaga’. Adunkan serbuk kopi bersama satu biji telur mentah, kemudian sediakan air kopi seperti biasa. Pastikan anda tapis kopi sebelum dihidangkan. Rasa kopi dikatakan lebih kaya, berlemak dan kurang rasa pahit atau berasid.

#4 Perahan lemon atau limau

Kebiasaanya apabila kita minum teh kita  dihidangkan bersama perahan lemon, tak sangka pula dengan kopi juga boleh. Sama seperti dengan garam, perahan jus ini boleh mengurangkan rasa pahit tapi membangkitkan lagi rasa manis kopi. Cumanya rasa asid agak kuat jadi pastikan anda rasa dahulu jika kopi anda telah dikacau sekali dengan gula atau susu.

#5 Coca-cola

Biar betul?! Kalau di Australia dan Jepun mereka telah mengeluarkan edisi terhad Coca-cola versi kopi tanpa gula. Cara ini menaikkan lagi rasa manis pada kopi anda. Kalau anda ingin cuba dengan Coca-cola pastikan campurkan kopi tanpa gula.

 

3 Herba Yang Mudah Ditanam Di Rumah Anda

Banyak herba yang boleh ditanam dirumah untuk kegunaan harian kita. Ini memerupakan beberapa herba yang mudah ditanam dirumah tanpa memerlukan kawasan yang besar.

1) Daun kari

Daun kari adalah asas untuk pelbagai hidangan yang menyelerakan, dan mereka sangat mudah untuk tumbuh.

Anda boleh menanam pokok kari di taman anda, atau menyemainya untuk penanaman dalam rumah, dan ia boleh ditanam dari keratan atau biji benih.

2) Serai

Rasa dari serai itu sendiri sudah lama menjadi perasa tambahan untuk menambahkan keenakan dalam pelbagai masakan di Asia Tenggara, dan ia adalah salah satu tumbuhan herba biasa digunakan di Malaysia.

3) Pudina

Kalau anda sedang mencari tanaman herba yang senang tumbuh, pudina lah pilihan yang terbaik.
Tumbuhan kecil yang tahan lasak ini membesar dengan cepat, dan kalau anda tak berhati-hati, habis merebak di kawasan yang ditanam tu nanti. Pudina juga boleh dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di dapur.

 

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

Comments

comments

72
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

Fakta Yang Menarik Tentang Vending Machine @ mesin layan Diri

Membantu mengukuh sumber kewangan anda Menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi Kebebasan dalam perniagaan […]

Mengapa Anda Perlu Memiliki Vending Machine @ Mesin layan diri

1- Mudah, senang dan mampu milik Boleh katakan perniagaan vending machine @ […]

Haram Menukar Serbuk Minuman Milo Dengan Serbuk Minuman Coklat Dalam Minuman – MUFTI

Tidak dinafikan air Milo yang dijual di kedai kopi atau restoran sangat […]

Kerusi Urut Test Minisite

Dalam Situasi Ekonomi Yang Mencabar Kini Pernah Kah Anda Fikir Nak Tambah […]

Kenapa Perlu Memilih Perniagaan Ice Blended Serbuk Minuman?

Semakin hari, kos sara hidup semakin meningkat naik. Walaupun ramai yang sudah bekerja […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in