Ramai yang berangan angan nak buat bisnes vending machine @ mesin layan diri tanpa memikirkan apa yang berlaku di kemudian hari…
indah kabar dari rupa…. last-last berhenti separuh jalan.
Sebelum anda membuat keputusan, kami sarankan anda baca dahulu untuk pertimbangan dan barulah membuat keputusan.
Survey harga dan seller (INI PENTING)
JANGAN MALAS, sila selidik dahulu penjual vending machine @ mesin layan diri supaya anda tidak tertipu dan boleh mendapatkan harga yang berpatutan dengan vending machine @ mesinlayan diri yang anda mahu beli.
Jangan kerana dijanjikan bulan dan bintang anda tertipu. Sedihnya ramai yang “terkena” dengan penjual penjual yang tidak bertanggung jawab.
Panjang nak huraikan di sini tapi cukuplah pihak kami bagi tahu “jangan malas”. Ramai sahaja seller yang okay dan ramai juga yang “terkena” kerana dijanjikan bulan dan bintang.
Jika anda fikir bahawa buat bisnes vending machine @ mesin layan diri ini seperti duduk diam dapat duit, boleh lah anda abaikan nak buat business ini… boleh baca sampai habis posting ini untuk faktor-faktor lain.
Lokasi Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Pastikan jarak atau tempat vending machine @ mesin layan diri anda tidak jauh dari rumah anda atau anda MAMPU untuk berulang alik untuk top-up air atau check mesin.
Faktor jarak akan membuatkan anda rasa malas dan tak sempat nak pergi akan membuatkan sale anda drop.
Sewa Tapak Mesin Sebulan
Agak subjective untuk bab ini, cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah harga semasa sewa vs tapak hot area semasa post ini ditulis untuk dijadikan rujukan.
- Free rental >> mana-mana tempat (dicadangkan untuk mesin anda yang ke dua) .
- Sekolah @ Uni>> RM200 ~ RM350 bergantung kepada jumlah pelajar. (kalau dah ada mesin di sekolah, sila dipertimbangkan dahulu)
- Kilang >> RM150 ~ RM250 bergantung kepada jumlah perkerja. (Sila ambil kira dah ada mesin ke belum atau ada kantin)
- Bangunan kerajaan >> RM150 ~ RM250 Bergantung kepada fungsi bangunan tersebut seperti menjadi tumpuan orang ramai berurusan atau tidak seperti Pejabat Pendaftaran atau Hospital, (tapi kalau hati tak kering, tak payah mimpi lah nak letak tempat macam nie)
- Masjid @ Surau >> RM150 ~ RM200, Pilih pada lokasi Masjid atau surau seperti Masjid @ surau Utama, tumpuan @ aktif dgn aktiviti dan ada Sekolah Agama ke tidak. (kalau kene tempat sale memang BOOM, kalau tak kena tempat, ermmm…)
- Lain-lain >> RM100 ~ RM250 seperti kedai dobi, lot kedai, Apartment @ condo atau lain2, atas nasib kalau sale ok mmg ok betul, kalau sale sendu nak bayar sewa tapak pun tak lepas.
Saiz Mesin atau Jumlah Slot vs Harga Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Jumlah slot dalam vending machine @ mesin layan diri adalah berbeza untuk setiap vending machine @ mesin layan diri. Biasanya bermula dengan 20 slot air sehingga 42 slot air.
Makin banyak slot akan boleh simpan lebih banyak air. Selepas kita mengambil kira lokasi vending machine @ mesin layan diri kita dengan lokasi tempat tinggal kita, barulah kita boleh fikir saiz apa yang sesuai untuk vending machine @ mesin layan diri kita.
Kami adalah pembekal vending machine @ mesin layan diri . Jika berminat, sila hubungi no. dibawah.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Machine pelbagai produk (Combo)Snack/Air Kotak/Coklet)
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps Hotline To Kenshou Vending Crew : 010 231 7188 @ Auto wasap klik je >>>http://kenshou.wasap.my <<<
Info lanjut produk kami di:-
https://kenshou.vendingmachine.com.my
Atau like FB page kami di https://facebook.com/vendingexpert
Penulis: Adila LCS
Leave a Reply