10 Jenis Vending Machine @ Mesin Layan Diri Yang Wujud Di Jepun
Negara Jepun berada di pertengahan zaman vending machine yang begitu maju sehinggakan tiada negara lain yang mampu untuk menandingi kemajuan mereka dalam industri vending machine. Terdapat sebanyak 5.52 juta vending machine di negara Jepun menurut Jabatan Pelancongan mereka. Terdapat lebih banyak vending machine berbanding kedai sushi dan Playstations 4 di sana dan setengah darinya sangatlah unik sehinggakan terdapat mesin yang boleh memberi tahu anda tentang cuaca, membantu anda selfie, atau menggunakan perisian pengimbas muka untuk meneka umur dan jantina anda lalu menawarkan minuman yang sesuai.
Disebabkan vending machine merupakan salah satu kunci kepada struktur perniagaan negara mereka, penduduk telah digalakkan untuk tidak hanya melihat vending machine, mereka harus mengunakannya juga. Antara vending machine yang mengagumkan di Jepun adalah:
1- Sup Ikan terbang
Sesiapa yang berminat dengan sup ikan? Seorang geek di Jepun menerangkan bahawa setiap botol megandungi ikan terbang dan algae. Sup ini boleh digunakan sebagai perasa untuk Udon atau masakan yang lain.
2- Botol Coca-cola yang boleh sejuk dengan sendiri
Pelanggan 7-Elevan di Jepun boleh membeli air Coca-cola yang akan beku seperti Slurpee dengan cepat apabila ianya dibuka. Jadi, tiada lagi masalah mesin Slurpee rosak kerana anda boleh menikmatinya dari botol Coca-Cola Tersebut.
3- Pisang
Ya, betul. Mereka juga menjual pisang menggunakan vending machine. Selain pisang, terdapat juga buahan lain. Disebabkan mereka mengamalkan penggunaan mesin ini, maka mereka berani menjual buahan segar dengan menggunakan mesin layan diri ini.
4- Payung
Disebabkan negara mereka sering menghadapi hujan dan ribut, mereka sering menggunakan payung. Namun, jika anda tertinggal payung di rumah, anda tidak perlu risau kerana di belakang subway, selalunya akan terdapat mesin layan diri yang menjual payung.
5- Telur
Di sana, penggunaan telur amat meluas. Kedai pula selalu tutup di awal waktu. Namun, jangan risau, dengan adanya mesin ini, masalah ini dapat dielakkan jika anda melawat negara matahri terbit ini kerana, telur pun dijual menggunakan mesin layan diri.
6- Hamburgers
Anda mungkin merasakan drive through adalah lebih menyenangkan, begitu juga vending machine hamburger. Mereka turut menjual hamburger dengan mesin layan diri. Senang dan mudah.
7- Ramen
Ingat ramen, ingat negara Jepun. Semestinya ramen banyak dijual menggunakan mesin layan diri kerana ianya adalah makanan asasi mereka. Terdapat beraneka ramen di jual oleh mereka melalui mesin layan diri.
8- Stokin Sushi
Selain sushi untuk dimakan, meraka juga menjual stokin yang berbentuk sushi. Stokin ini amat comel dan selesa dipakai ketika hari sejuk.
9- Topeng Bedah
Jepun menghadapi masalah quality udara. Jadi, dengan topeng bedah yang dijual melalui mesin layan diri ini, ianya amatlah membantu. Selain itu, mereka juga memakai topeng bedah bagi mengelakkan orang lain terbau nafas mereka.
10- Anak Anjing
Jika anda inginkan haiwan peliharaan, anda juga boleh membelinya melalui vending machine. Tapi jika anda jenis yang selalu bertukar fikiran, disarankan untuk tidak membelinya kerana apabila anda dah beli, anda tidak boleh refund.
Kesimpulannya, kemajuan mesin layan diri di Jepun amatlah luar biasa. Mereka mernggunakan 100% peluang yang ada dengan menjual pelbagai barangan melalui mesin layan diri. Sikap innovative daripada mereka harus diteladani oleh kita rakyat Malaysia. Selain itu, industri vending machine ini adalah satu industri yang luas dan tidak terhad. Anda boleh menerokainya sendiri dan mengalaminya. Hanya mereka yang menceburi bidang ini sahaja yang tahu akan keistimewaan industri ini. Adakah anda berminat menjadi salah seorang dari mereka?
Berminat? Anda boleh ajukan sebarang pertanya mengenai Vending Machine ini dengan menekan gambar dibawah:
APA LAGI JANGAN BUANG MASA. PM KAMI DI “KENSHOU VENDING” MALAYSIA NO.1 VENDING MACHINE OPERATOR & SUPPLIER sejak tahun 2009.
Selain itu kami juga mempunya produk lain untuk dibekalkan antaranya:
- Vending Machine Cup Hot & Cold Drink: RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut, RM1 untuk urutan selama 3 Minit
- Vending Machine Air Tin Sejuk (Anda Boleh Menjual Beraneka Air Tin & Botol Mengikut Kehendak Anda)
- Vending Machine Washing Machine (Dobi Layan Diri Mampu Milik)
- Vending Machine Air Tapisan (Mesin Menjual Air Tapisan 10 sen untuk 1 liter air yang boleh terus diminum)
Whatsapp Hotline to KENSHOU VENDING CREW: Nazmi – 010-2317188
Anda juga boleh datang terus ke HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor. Sebelum dating jangan lupa untuk set appointment dengan crew terlebih dahulu ya =D
Selain itu, Showroom & Kilang kami terletak di: kenshou Vending Supplies, Block Suria Alndustrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor. Showroom & Kilang kami betul-betul terletak bersebelahan dengan kilang gula CSR batu 3. Anda juga boleh waze dengan copy link: https://waze.to/lr/hw281qyxtn
Atau anda jugak boleh Pilih Mesin Layan Diri anda di SINI
Untuk fast response berkenaan Quotation dan SPECIAL PROMO anda boleh dapatkan catalogue kami di SINI
Kalau nak PM di Facebook anda boleh klik di SINI
Leave a Reply