Serbuk adalah salah satu cara untuk melakukan pengawetan minuman. Serbuk minuman adalah bentuk minuman kering untuk meningkatkan jangka hayat dengan mengurangkan kehilangan kualiti yang tersedia untuk minuman ringan seperti jus, susu, kopi, atau berbagai campuran. Produk komersil dan nilai tambah ini memiliki kemudahan penyediaan yang mudah dengan struktur yang mudah.
Selain itu, serbuk minuman mempunyai ciri seperti sedia untuk diminum hanya dengan melarutkanannya dalam air, susu, atau kopi. Kemudahan penyimpanan dan pengangkutan serbuk minuman ini adalah kelebihan lain daripadanya. Serbuk minuman ini dianggap sebagai barangan yang ekonomi, mampu milik dan lebih sihat. Untuk serbuk minuman, pembuatannya menggunakan teknik semburan atau pengeringan beku terutamanya. Komponen Serbuk minuman hendaklah hampir sama dengan ketumpatan pukal.
Khasiat Serbuk Minuman Campuran Segera Berperisa
Serbuk minuman juga mempunyai khasiat yang tersendiri, serbuk minuman yang berkhasiat hendaklah tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan kurang gula.
Tahukah anda? serbuk minuman berperasa coklat dihasilkan menggunakan biji koko. Koko mengandungi Poliphenol / Polifenol yang dipanggil flavonoid, dengan sifat antioksidan. Ianya boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan peredaran darah. Selain daripada melambatkan proses penuaan koko juga menggalakkan fungsi kardiovaskular dan kesihatan.
Manakala, serbuk minuman mocha pula dihasilkan menggunakan biji kopi. Kopi mempunya nutrien penting seperti
– Riboflavin (Vitamin B2): 11% of the RDA.
– Pantothenic Acid (Vitamin B5): 6% of the RDA.
– Manganese and Potassium: 3% of the RDA.
– Magnesium and Niacin (B3): 2% of the RDA.
*RDA = Recommended Dietary Allowance / Elaun Pemakanan yang Disyorkan. Boleh mengurangkan risiko Diabetes Jenis II.
Semua nutrien di dalam kopi ini mampu meningkatkan tahap tenaga dan membuat anda lebih cerdas, membantu anda membakar lemak, boleh menurunkan risiko Parkinson dan banyak lagi faedah. Semua khasiat yang dinyatakan dapat memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita.
Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Holick
- Teh Tarik
- Teh‘O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Leave a Reply