Mengenai Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Kali ini mari kita lihat beberapa perkara mengenai perniagaan Vending Machine.
1. Ianya Adalah Industri Yang Membawa Pulangan Sebanyak 30 Billion Dollar Setahun.
Perniagaan vending machine adalah mudah. Jika mesin anda berada tidak jauh antara satu sama lain, anda atau pekerja anda akan dapat servis mesin anda dengan mudah dalam masa satu hari. Dan anda hanya perlu untuk mengisi semula barang jualan dan mengutip tunai hasil jualan.
Jika anda mempunyai 10-20 vending machine, anda mampu memperoleh RM2000 sehari (lebih kurang). Ianya adalah perniagaan yang felksibel. Anda boleh membuatnya secara sambilan atau pun sepenuh masa. Anda boleh mempunyai sebanyak mana mesin yang anda mahu. Sesetengah mereka mempunyai mesin sebanyak 500 tau 1000 mesin.
2. Tentukan Apa Yang Anda Ingin Jual
Bermacam jenis barang jualan anda boleh jual seperti gula-gula getah, servis atm, topup, minuman, snack, dan lain-lain. Di sesetengah negara maju, anda boleh melihat mereka menjual makeup, iPods, cellphones, headphones, DVD, dan USB device melalui vending machine.
Tapi, ianya haruslah bersesuaian dengan negara kita. Buat masa ini, di negara kita lebih memerlukan vending machine @ mesin layan diri untuk minuman botol/tin, minuman sejuk dan panas, kerusi urut, dobi layan diri, dan lain-lain. Di negara kita, produk begini lebih diberi perhatian oleh pengguna di Malaysia.
3. Membeli Vending Machine
Anda boleh membeli mesin baru atau terpakai dari pembekal. Sesetengah mereka lebih kepada mesin terpakai kerana lebih murah. Tetapi, kenapa perlu ambil risiko? Beli yang baru lebih selamat dan ada jaminan. Sesetengah dari peniaga bermula secara kecil-kecilan. Kebanyakkan dari mereka biasa nya bermula dengan sebuah vending machine. Apabila mempunyai modal, mereka ankan menambah mesin mereka dari masa ke semasa. Ianya bergantung kepada cara anda menguruskan perniagaan ada.
4. Lokasi Meletakkan Mesin
Seperti retail bisnes ini semuanya bergantung kepada lokasi. Mesin anda harus ditempatkkan di lokasi yang banyak trafik seperti company besar, auto dealer, hospital, kolej airport dan lain-lain.
Jika anda membeli dengan pembekal yang provide sekali lokasi dan mesin, ikutlah nasihat mereka. Jika anda menjumpai sendiri lokasi tersebut, sedikit kerja harus dilakukan. Anda perlu melakukan ‘try and error’ sehingga anda mencapai kejayaan lokasi tersebut.
Tidak kira macam mana bagus sekali pun lokasi mesin anda, anda harus menggunakan kuasa memujuk untuk memujuk pemilik atau pengurus bangunan lokasi mesin anda sebelum anda set up perniagaan anda. Sesetengah dari mereka mahukan peratusan dari perniagaan. Cadangan saya, peratusan yang diberikan haruslah kurang dari 10%. Tetapi, terdapat juga sesetengah dari mereka yang hanya mahu anda pastikan mesin anda selalu beroperasi dengan baik dan sentiasa mempunyai produk. Semua bergantung kepada rezeki anda.
5. Servis Vending machine @ mesin layan diri anda
Mesin yang berada di lokasi “hot spot” memerlukan servis yang kerap. Hal ini kerana, mesin ini beroperasi dengan kadar maksimum. Jika terdapat kerosakan, anda akan mendapat kerugian akibat daripada produk anda yang tidak terjual. Kebiasaannya, pembekal akan mengajar cara nak servis mesin layan diri ini dan ianya adalah mudah.
Jadi, anda bolehlah mengambil sedikit limu dari artikel ini. Diharap ianya akan dapat membantu anda jika suatu hari nanti anda menjadi usahawan vending machine.
Anda boleh ajukan sebarang pertanya mengenai Vending Machine @ mesin layan diri ini dengan menekan gambar dibawah:
APA LAGI JANGAN BUANG MASA. PM KAMI DI “KENSHOU VENDING” MALAYSIA NO.1 VENDING MACHINE OPERATOR & SUPPLIER sejak tahun 2009.
Selain itu kami juga mempunya produk lain untuk dibekalkan antaranya:
- Vending Machine Cup Hot & Cold Drink: RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut, RM1 untuk urutan selama 3 Minit
- Vending Machine Air Tin Sejuk (Anda Boleh Menjual Beraneka Air Tin & Botol Mengikut Kehendak Anda)
- Vending Machine Washing Machine (Dobi Layan Diri Mampu Milik)
- Vending Machine Air Tapisan (Mesin Menjual Air Tapisan 10 sen untuk 1 liter air yang boleh terus diminum)
Whatsapp Hotline to KENSHOU VENDING CREW: Nazmi – 010-2317188
Anda juga boleh datang terus ke HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor. Sebelum dating jangan lupa untuk set appointment dengan crew terlebih dahulu ya =D
Selain itu, Showroom & Kilang kami terletak di: kenshou Vending Supplies, Block Suria Alndustrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor. Showroom & Kilang kami betul-betul terletak bersebelahan dengan kilang gula CSR batu 3. Anda juga boleh waze dengan copy link: https://waze.to/lr/hw281qyxtn
Atau anda jugak boleh Pilih Mesin Layan Diri anda di SINI
Untuk fast response berkenaan Quotation dan SPECIAL PROMO anda boleh dapatkan catalogue kami di SINI
Kalau nak PM di Facebook anda boleh klik di SINI
Leave a Reply