Memulakan perniagaan mesin layan diri atau vending machine ? Mudah ke seperti yang sering digembar-gemburkan? Kenapa ramai yang dah buat lepas tu jual balik mesin layan diri atau vending machine mereka ? Tidak dinafikan perniagaan vending machine adalah perniagaan yang mudah dan senang khas bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam kehidupan seharian dan ingin mencari pendapatan sampingan.
Dalam perniagaan mesin layan diri atau vending machine kita memerlukan sedikit usaha untuk memulakannya. Usaha tersebut adalah seperti membeli dan mencari tempat bagi mesin mesin layan diri atau vending machine anda pada permulaannya dan diikuti dengan pemantauan bergantung kepada jenis mesin layan diri atau vending machine yang anda jalankan. Pendek kata letak je mesin layan diri atau vending machine lepas tu dah boleh kutip duit je. Senangkan :)…
Berikut adalah antara kesilapan yang utama yang dilakukan dalam perniagaan mesin layan diri atau vending machine. Mudahan kita tidak melakukannya terutama bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan ini….
-
Salah Pilih Pembekal
Sebagai pembeli kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan kita juga berhak untuk memilih dan membuatkan perbandingan antara pembekal dan pembekal barangan mesin layan diri atau vending machine yang lain. Di malaysia terdapat banyak pembekal barangan mesin layan diri atau vending machine. Anda juga boleh buat carian di internet mengenainya.
Nasihat saya, jika anda ingin membeli mesin layan diri atau vending machine dari sesuatu pembekal pastikan anda menyelidik dahulu latar belakang syarikat tersebut dan pastikan syarikat tersebut betul2 wujud dan sebaiknya anda bersemuka dengan mereka. Luangkan sedikit masa untuk melawat kilang atau stor mereka bagi melihat sendiri stok mesin layan diri atau vending machine yang di tawarkan. Hal ini penting bagi mengelakkan anda ditipu dan duit yang dilaburkan lebur begitu sahaja.
-
Tidak survey harga
Zaman sekarang ni sangat mudah.Google je kat internet mengenai vending machine atau mesin layan diri. Segala maklumat mengenai perniagaan mesin layan diri atau vending machine ini termasuk harga anda boleh dapat dengan mudah. Dengan melakukan cari harga bagi sesuatu barangan mesin layan diri atau vending machine, anda mungkin dapat menjimatkan sejumlah wang kerana anda boleh mengetahui berapa harga pasaran bagi sesebuah mesin layan diri atau vending machine tersebut. Hal ini juga penting supaya anda tidak rasa rugi dan tertipu dengan pihak pembekal kerana ada sesetengah pembekal yang menaikkan harga pada kadar yang sangat tinggi sedangkan harga asalnya 2 ke 3 kali ganda lebih murah.
Selain itu , anda juga boleh bertanya dan belajar dengan rakan2 yang pernah melakukan perniagaan ini dan sedikit sebanyak-banyak mereka boleh kongsikan kepada anda mengenai perniagaan mesin layan diri atau vending machine dan juga harga mesin yang dibeli oleh mereka. Sedikit sebanyak anda boleh buat perbandingan harga dan servis yang ditawar sekaligus menambahkan pengetahuan anda mengenai perniagaan ini juga.
-
Salah Pilih lokasi
Terdapat banyak lokasi bagi menempat mesin layan diri atau vending machine diluar sana tapi tak semua lokasi boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan. Mencari lokasi yang baik memerlukan anda menyelidik anda mengkaji keadaan dan trafik orang yang lalu lalang di sesuatu lokasi itu.
Kebiasaanya antara lokasi yang tidak mendatangkan keuntungan yang lumayan biasanya lokasi tersebut beroperasi kurang 12 jam, selalu sunyi dan takde orang lalu lalang, lokasi yang pada hari sabtu dan ahad tutup dan kadar sewa yang terlampau mahal.
Jadi, pastikan anda menyelidik dan membuat kajian menyeluruh sebelum menempatkanmesin layan diri atau vending machine anda agar tidak mendatangkan kerugian nanti kelak.
-
Hangat-hangat taik Ayam
Ramai yang bersemangat untuk memulakan perniagaan mesin layan diri atau vending machine tapi tak ramai yang boleh maintain dengan perniagaan ini. Kebiasaan perkara ini terjadi disebabkan perasaan malas dan tak mahu ambik peduli terdapat mesin layan diri atau vending machine yang telah dibeli setelah beroperasi.
Ada juga yang dah beli mesin layan diri atau vending machine tapi malas nak pergi pantau. Selagi mesin itu boleh buat duit dan tak rosak mereka just monitor ala kadar je. Setiap kali datang just nk kutip duit je dan mereka tak nak bersih-bersihkan mesin layan diri atau vending machine yang digunakan tersebut. Hal ini boleh menyebabkan mesin layan diri atau vending machine anda cepat rosak. Jadi, pastikan anda membuat pemantauan yang rapi setiap kali anda datang memungut wang dan membersih mesin layan diri atau vending machine anda supaya orang ramai selesa untuk mengunakan perkhidmatan mesin layan diri atau vending machine anda.
Nasihat saya, pastikan anda kekalkan momentum dan semangat anda untuk meneruskan perniagaan ini. Perniagaan vending machine ini bukanlah sesuatu perniagaan yang susah. Just letak, kutip duit dan maintain sahaja.Bukannya anda perlu memantau setiap masa 24 jam seperti perniagaan lain. Jika perniagaan yang semudah ini pun anda tidak boleh lakukan maaflah cakap perniagaan lain harap maklumlah.
-
Mudah Putus Asa bila kutipan tak memberansangkan
Tidak kurang juga yang berputus asa dalam perniagaan ini. Walaupun perniagaan mesin layan diri atau vending machine mudah. Bila hasil kutipan duit mesin vending tidak memberansangkan , mereka terus give up and then lepas tu nak jual.
Jangan mudah putus asa. Jika lokasi tersebut tidak menguntungkan alih ke tempatkan yang lebih menguntungkan kerana dalam perniagaan vending machine ke untungan bergantung pada lokasi. Pastikan sebelum anda menukar lokasi mesin layan diri atau vending machine anda, pastikan lokasi yang dipilih nanti adalah lokasi yang lebih berpotensi untuk anda mendapatkan keuntungan yang lebih baik.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi sedikit panduan kepada anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri atau vending machine
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Admin 010 231 7188
Office dan Showroom & Kilang Di:
Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link ini http://goo.gl/NRTGTM
Kalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert
Leave a Reply