Anda ada impian nak buat produk jenama sendiri??
Nak tahu step penting untuk mulakan perniagaan??
Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan kepada anda 5 langkah untuk mula buat produk jenama sendiri melalui kilang OEM.
Sebelum itu, mari kita fahami dulu apa itu OEM. OEM adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer dimana kilang yang mempunyai pelbagai fasiliti perkilangan dan kepakaran akan membantu menghasilkan produk yang anda kehendaki. Mesin adalah kepunyaan kilang namun produk dan jenama adalah milik anda sepenuhnya.
1. Tentukan produk yang ingin dihasilkan
Setiap orang pasti ada produk impian masing-masing. Setiap orang mempunyai minat berbeza jadi persoalan produk apa yang ingin dibuat tu sepenuhnya terpulang kepada anda. Tetapi jika anda ingin membina empayar perniagaan yang bernilai jutaan ringgi, maka anda perlu hasilkan produk yang mempunyai permintaan tinggi serta pasaran yang luas.
2. Cari kilang OEM
Selepas dah tahu nak buat produk apa, sekarang adalah masa untuk cari kilang yang boleh menghasilkan produk tersebut. Google sahaja untuk mencari kilang yang sesuai. Areefa Food Industries juga merupakan kilang OEM. Kepakaran kami adalah menghasilkan semua jenis produk serbuk minuman.
Beritahu kilang OEM tersebut anda nak buat produk macam mana, kandungan, manfaat produk dan kilang akan bantu hasilkan formulasi dan keluarkan untuk anda. Anda hanya perlu sediakan modal dan kilang OEM akan bantu dari A hingga Z termasuk pensijilan dan sebagainya.
3. Set temujanji untuk berjumpa
Setiap syarikat mempunyai proses yang berbeza tetapi hampir sama. Di dalam meeting biasanya kita akan berbincang mengenai formula, konsep, potensi pasaran, jenama, cadangan harga jualan, reka bentuk pembungkusan, sijil yang diinginkan serta anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan produk yang anda inginkan.
4. Sample Produk
Selepas meeting dan anda yakin akan kemampuan syarikat tersebut, sample akan dihasilkan dan diberikan untuk anda cuba. Jila sample tersebut anda custom-made, R&D perlu dijalankan untuk menghasilkan formula baru yang biasanya akan memakan masa sekitar 1-2 minggu. Jika perlu, sample akan dihasilkan secara berulang kali sehingga ianya mencapai rasa dan piawaian yang dikehendaki.
5. Pengeluaran
Seterusnya, proses akan bermula dari penyediaan design untuk produk. Kebanyakan kilang OEM ada menyediakan khidmat graphic designer sama ada secara percuma atau berbayar. Reka bentuk yang dihasilkan haruslah mengikut garis panduan yang disediakan oleh badan berwajib seperti KKM dan HALAL kerana perlu dihantar untuk mendapatkan kelulusan.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Adila LCS
Leave a Reply