Assalamualaikum @ Salam Hormat Untuk Anda
Ok.. Berikutan pertanyaan tentang “Kiost Kerusi Urut Siap Tapak” untuk dilepaskan yang kami iklan.
Terlebih dahulu saya ingin maklumkan kami merupakan Syarikat Pembekal Pelbagai Jenis Vending Machine @ Mesin Layan Diri Sejak Tahun 2009,
Kini di Lembah Klang kami mempunyai lebih 100 unit Vending Machine @ Mesin Layan Diri jenis kerusi urut sahaja.
Tujuan pihak syarikat mengiklankan “Kiost Kerusi Urut Siap Tapak” adalah untuk
- Membantu usahawan yang mahu memulakan perniagaan vending machine @ mesin layan diri tapi tiada tapak atau tidak mahu susah payah membuat permohonan atau mencari tapak baru
- Melepaskan mesin syarikat yang diluar kawasan jagaan service dan collector kami, seperti yang anda maklum pejabat kami bertempat di shah alam dan ada beberapa lokasi yang terkeluar dari kawasan laluan “collector” kami dan kami sengaja mahu melepaskan lokasi tersebut kerana mahu menjimatkan Masa dan Kos “collector” kami membuat service dan kutipan wang seperti di Setia Alam , Puncak Alam, Ampang, Wangsa Maju, Kota Damansara, Serdang Batu Caves. Zon laluan kami adalah Dari Shah Alam – Putrajaya – Kajang – Bangi – Putra Height – Shah Alam. Pihak syarikat telah bersetuju untuk menjual kerusi urut beserta lokasi kepada pihak lain yang berminat untuk mengambil alih perniagaan
- Terlalu banyak aset kerusi urut layan diri milik syarikat dan mahu mengurangkan dan Memberi fokus juga kepada mesin mesin lain yang kami ada
Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli ??
- Vending Machine @ Mesin layan diri Kerusi Urut yang dijual adalah 2nd hand unit @ Unit terpakai
- Keadaan kerusi adalah 95% baik dan tiada masalah malah kami bagi jaminan 6 bulan selepas belian
- Potensi pendapatan setiap kiost ( 2 unit kerusi ) dalam lingkungan RM700 – RM1500 sebulan
- Sewa tapak RM200- sebulan untuk 2 unit kerusi termasuk elektrik
- Lokasi kerusi ini biasanya di Dobi / Surau / Masjid
Soalan Lazim
1. Sampai bilakah tempoh sewa tapak kerusi dengan pihak kedai ??
Jawapan: Tiada agreement tempoh antara kami dan pihak kedai, selagi anda membayar sewa maka kiost anda boleh terus berada disana, kerana kebanyakan lokasi yang kami letak adalah daripada permintaan pemilik lokasi itu sendiri yang mahukan kiost kerusi urut di tempatkan disitu untuk kegunaan pelanggan mereka dan fasiliti tambahan untuk premis mereka
2. Kenapa anda mengatakan Potensi pendapatan antara RM700 – RM1500 sebulan ??
Jawapan: Base on kutipan kami , ada naik turun dan tidak tetap, biasalah berniaga mana ada nak income tetap kan , semuanya bergantung kepada usaha kita untuk menaikkan pendapatan serta biasanya pendapatan anda juga bergantung juga kepada 5 Faktor ini
- Pastikan Kiost Kerusi Anda Bersih: Kena rajin cuci kerusi kadang kadang ada tumpah air atau sampah, Jika anda rajin perhatikan kerusi anda maka banyaklah orang duduk serta banyaklah income anda, oraang akan duduk kalau bersih kalau kotor tiada siapa akan gunakan kerusi urut anda dan income anda sikit
- Pastikan Bill Acceptor Berfungsi Dengan Baik: Kerusi urut ini dilengkapi dengan alat “Bill Acceptor” iaitu penerima duit kertas, kadang kadang slot duit kertas itu tersumbat dengan kulit kuaci, cebisan kertas, siling, tisu, dan pelbagai benda asing kecil yang disengajakan oleh budak budak nakal atau tidak disengajakan, Jika bill acceptor anda tidak boeh menerima duit bagaimana anda mahu jana pendapatan berterusan 24 Jam sehari , bill acceptor itulah umpama tangan yang mengambil duit pelanggan anda 🙂
- Pastikan Main Swith Sentiasa On : Ini lagi satu hal, kadang kadang ada je tangan yang gatal pi tutup switch kerusi ni, anda kena pastikan juga switch sentiasa on jika tidak kerusi anda mati makan pelanggan duduk free jelah tanpa bayar.. 🙂
- Pastikan Tempat Yang Anda Letak Kerusi Tidak Di Laluan Awam: So far kerus yang dijual memang tak tersorok, ada juga sesetengah operator kerusi letak di lokasi yang tidak sesuai dan tidak menarik minat pengunjung untuk duduk seperti bawah tangga, tempat matahari panas, tepi tong sampah, tempat yang bising sangat dan lain lain
- Pastikan Kondisi Kerusi Sentiasa Berada Dalam Keadaan Baik: Pastikan kerusi urut anda tidak rosak, kebiasaanya kerusi urut ini tahan lama dan jarang untuk rosak, jika ianya berlaku cepat cepat hubungi kami, jika masalah biasa kami akan guide anda, dan jika perlukan service technician kami akan hantar pihak teknikal ke lokasi anda. Jika dalam warranty parts anda percuma dan jika diluar tempoh jaminan anda kena bayar lah kos baik pulih, Yang pastinya kami mempunyai semua spare parts yang anda perlukan kerana Syarikat kami juga adalah operator mesin kerusi urut ini dan service adalah produk kami juga tetapi khas untuk pelanggan yang beli kerusi dengan kami harga service sangatlah berpatutan
3. Jika Saya Berminat Nak Beli Kiost Milik Syarikat Siap Lokasi Ni Bagaiamana Prosedur ?
1- Nyatakan Lokasi Anda: Kami akan berikan senarai kiost yang berhampiran tempat tinggal anda atau tempat kerja anda untuk memudahkan anda mengurusnya tanpa perlu drive jauh bunag masa minyak dan Tol
2-Buat Lawatan Ke Tapak: Pilih lokasi tersebut dan anda sendiri buat lawatan ke tapak kiost tersebutJika berminat untuk mengambil alih maklumkan kepada kami semula
3- Jika Berminat: Datang ke pejabat kami dan buat Bayaran Penuh dan kami akan berikan Resit Jualan dan Surat Warranty kerusi beserta kunci kerusi dan taklimat latihan asas
4- Training Penyelengaraan : Latihan asas penyelengaraan & teknikal akan di ajar oleh pihak kami dalam membolehkan anda menguruskan sendiri kiost kerusi urut anda
5-Kutip Duit Tunai Setiap Hari: Anda sudah boleh mula kutip duit tanpa henti, selagi ada kerusi anda disitu selagi orang guna, walaupun ada tengah tidur, tengah makan, tengah bercuti kiost anda bekerja untuk anda 24 jam sehari dan 365 hari setahun untuk anda tanpa anda perlu berhenti kerja, tanpa perlu pening pikir masalah pekerja, tanpa perlu sebarang kemahiran berniaga, tanpa perlu promote di facebook jual barang, dan tanpa henti walaupun anda di rumah.. Sekian
Pilihan Di Tangan Anda… Jom Tambah Pendapatan Sampingan Dengan Kerusi Urut Layan Diri..” Kempen 1 Family 1 Mesin 1 Side Income”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi 010 231 7188
HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya , 40000, Shah Alam, Selangor( Sila Set Appointment Dengan Crew Kami Terlebih Dahulu )
Showroom & Kilang Di: Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link inihttp://goo.gl/NRTGTM
Lalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert
Leave a Reply