Tidak dinafikan air Milo yang dijual di kedai kopi atau restoran sangat digemari rakyat Malaysia. Walaupun sedikit mahal daripada minuman jenis lain, namun ia tetap menjadi pilihan apatah lagi rasanya yang lemak, pekat dan enak.
Namun tahukah anda sesetengah pemilik kedai kopi atau restoran tidak menggunakan sepenuhnya serbuk minuman Milo. Mereka telah mencampurkan serbuk minuman Milo dengan serbuk minuman coklat yang lebih murah untuk meraih keuntungan tanpa pengetahuan pelanggan.
Menjawab persoalan daripada seorang netizen berkenaan hukum peniaga yang mencampurkan serbuk minuman Milo dan serbuk minuman coklat yang lebih murah harganya, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan ia adalah haram dan berdosa.
Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu.
Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan.
Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Adila LCS
Leave a Reply