Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Hi semua, untuk bahagian ketiga ini, saya akan bincangkan mengenai
Bagaimana Cara Untuk Memperoleh Lokasi Vending Machine @ Mesin Layan Diri Yang Paling Menguntungkan
Seperti yang mereka katakan untuk real estate, perkara yang paling penting adalah lokasi. Lokasi yang mempunyai traffic yang ramai seperti sekolah dan pejabat besar ada lah lokasi target yang baik untuk perniagaan vending machine. Dalam artikel ini, saya akan bincang kan bagaimana untuk anda mencari best spot untuk meletakkan vending machine supaya anda mampu meningkatkan keuntungan anda.
Membuat Survey Mengenai Keseluruhan Bisnes Anda
Ambil sedikit masa untuk melihat sekeliling perniagaan anda dan buat sedikit ujikaji setiap tempat yang memungkinkan anda meletakkan vending machine anda. Selain itu, anda haruslah mengambil pengiraan berapa besar saiz mesin anda dan cari spot yang berpotensi untuk memuatkan mesin anda dengan mudah dan tidak menghalang lalu lintas. Anda juga boleh membuat senarai tempat yang memungkinkan anda meletakkan mesin layan diri anda berdasarkan survey pertama anda atau catit idea anda diatas peta plan bangunan. Selain itu, anda juga boleh tangkap gambar menggunakan camera supaya anda boleh melihatnya semula jika berkelapangan.
Pertimbangkan Laluan Lalu Lintas Yang Mempunyai Ramai Pejalan Kaki
Langkah seterusnya adalah mencari laluan utama pejalan kaki di mana kebanyakkan orang berkemungkinan bertemu dengan vending machine anda. Makin banyak mereka yang lalu berdekatan mesin layan diri anda, makin tinggi potensi untuk mereka membeli sesuatu dari vending machine anda. Semakin sibuk sesuatu kawasan itu, semakin banyak jualan yang terhasil. Sebab itulah vending machine yang terletak di airport, pejabat, mall dan lain-lain lebih mendapat sambutan.
Di Mana Orang Selalu Duduk Dan Menunggu
Satu lagi tip berguna untuk memilih lokasi yang menguntungkan adalah memilih tempat yang ramai orang duduk dan menunggu beramai-ramai. Ini meningkatkan lagi kemungkinan mereka yang ingin menghilangkan kebosanan akan membeli snack atau air. Contohnya, mereka yang sedang menunggu Doktor di hospital, salon kuku, kedai gunting rambut, lobi lapangan terbang dan pusat servis kereta.
Bagaimana Jika Terdapat Mesin Lain Di Situ?
Jika anda mejumpai tempat yang terbaik untuk meletakkan vending machine anda tetapi sudah terdapat vending machine lain di situ, ianya bukanlah bermaksud anda secara automatik tidak boleh meletakkan mesin layan diri anda juga di situ. Jika mesin di situ sudah lama dan tidak di selenggara dengan baik seperti mesin anda atau ianya mempunyai pilihan yang hambar, mesin anda sudah pasti akan memenangi hati pelanggan. Selain itu, jika mesin anda berbeza dengan mesin yang sedia ada dan tidak bertindih produk, mungkin ianya akan jadi mesin yang saling melengkapi dan ianya masih mendatangkan keuntungan.
Memilih Makanan/Minuman Yang Betul Untuk Lokasi Tersebut
Apabila anda memutuskan di mana anda akan letakkan mesin layan diri anda, mempertimbangkan jenis makanan dan minuman untuk diletakkan dalam vending machinde adalah salah satu keputusan yang penting. Makanan dan minuman yang dipilih haruslah bersesuaian dengan lokasi anda menempatkan mesin layan diri anda.Contohnya, jika anda meletakkan mesin layan diri anda di luar gym, sudah pasti air seperti 100 plus atau snack seperti power bar menjadi barang jualan yang hangat. Jadi anda haruslah meneliti dan membuat pilihan yang tepat agar keuntungan anda berlipat kali ganda.
Menempatkan vending machine anda di tempat yang betul adalah perkara yang paling penting sekali dan ianya haruslah perfect spot supaya anda mendapat keuntungan sebanyak yang mungkin dari mesin anda. Ambil masa untuk memilih dengan betul kerana tempat memainkan peranan yang penting!
Berminat? Anda boleh ajukan sebarang pertanya mengenai Vending Machine @ Mesin Layan Diri ini dengan menekan gambar dibawah:
APA LAGI JANGAN BUANG MASA. PM KAMI DI “KENSHOU VENDING” MALAYSIA NO.1 VENDING MACHINE OPERATOR & SUPPLIER sejak tahun 2009.
Selain itu kami juga mempunya produk lain untuk dibekalkan antaranya:
- Vending Machine Cup Hot & Cold Drink: RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut, RM1 untuk urutan selama 3 Minit
- Vending Machine Air Tin Sejuk (Anda Boleh Menjual Beraneka Air Tin & Botol Mengikut Kehendak Anda)
- Vending Machine Washing Machine (Dobi Layan Diri Mampu Milik)
- Vending Machine Air Tapisan (Mesin Menjual Air Tapisan 10 sen untuk 1 liter air yang boleh terus diminum)
Whatsapp Hotline to KENSHOU VENDING CREW: Nazmi – 010-2317188
Anda juga boleh datang terus ke HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor. Sebelum dating jangan lupa untuk set appointment dengan crew terlebih dahulu ya =D
Selain itu, Showroom & Kilang kami terletak di: kenshou Vending Supplies, Block Suria Alndustrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor. Showroom & Kilang kami betul-betul terletak bersebelahan dengan kilang gula CSR batu 3. Anda juga boleh waze dengan copy link: https://waze.to/lr/hw281qyxtn
Atau anda jugak boleh Pilih Mesin Layan Diri anda di SINI
Untuk fast response berkenaan Quotation dan SPECIAL PROMO anda boleh dapatkan catalogue kami di SINI
Kalau nak PM di Facebook anda boleh klik di SINI
Leave a Reply