Perniagaan vending machine adalah perniagaan yang sangat mudah. Tugas anda hanya perlu letakan vending machine anda dimana sahaja lokasi yang dirasakan sesuai dan strategik bagi mendapatkan pulangan hasil yang lumayan dan memberangsangkan.
Persoalannya ramai yang nak buat perniagaan ini tapi ramai juga yang mempunyai masalah dalam mencari dan mendapatkan lokasi..Antara Persoalan Yang Biasanya Menjadi Persoalan Orang Ramai adalah:
1. “Bagaimana cara yang mudah untuk mendapatkan lokasi?”
2. “Boleh ke pihak pembekal barangan vending machine memberikan lokasi beserta vending mesin kepada anda?”
3. “mudah ke nak mendapatkan lokasi?”
Yang sebenarnya mencari lokasi bagi menempatkan mesin layan diri bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka yang menpunyai keinginan yang tinggi untuk mendapat hasil kutipan yang menguntungkan. Anda hanya perlu bekerja sekali sahaja untuk mendapatkan lokasi dan selepas itu kerja anda hanya memungut wang sahaja hasil daripada vending machine yang berjaya ditempatkan oleh anda tadi.
Proses mencari lokasi vending machine hanya memerlukan anda untuk bertanya, menghantar proposal dan membuat surat permohonan untuk di hantar anda kepada onwer lokasi yang ingin dipohon bagi mendapatkan kebenaran menempatkan vending machine anda di lokasi tersebut. Terdapat juga sesetengah lokasi yang dipohon tidak memerlukan anda untuk membuat surat dan juga proposal tetapi hanya cukup sekadar membayar sewa bulan kepada mereka. Jika diberi kebenaran oleh owner lokasi yang dipohon bagi menempatkan mesin layan diri anda disitu dan rezeki anda berada disitu , Anda sudah boleh menempatkan vending machine anda. Proses yang sama diulang2 bagi mendapatkan lokasi yang lain.Itu sahaja.
Walaupun ianya nampak mudah, tetapi masih ramai dikalangan kita yang tidak mahu mencari dan mencubanya. Antara sebab utamanya adalah malu untuk bertanya dan ada juga yang berfikiran bahawa itu sesuatu benda yang paling susah utk dilakukan.
Akan tetapi mungkin juga benar kerana tidak semua yang boleh melakukannya jika tidak dibimbing dan diberi persediaan secukupnya. Saya tidak menyalahkan anda kerana setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.
Bagi mereka yang mempunyai perasaan malu dan tidak berhajat utk mencari lokasi sendiri, tahu atau tidak bahawa ada banyak syarikat vending machine di malaysia yang menjual pakej vending machine sekali dgn lokasi dan anda tidak perlu bersusah payah mencari lokasi.
Tapi haruslah anda ingat bahawa harga yang ditawar jugak adalah sangat-sangat tinggi dan mahal hingga boleh memcecah 4 ke 5 kali ganda daripada harga sesuatu barangan vending machine tersebut.
Contohnya jika anda membeli sebuah Can vending machine dengan harga RM 8,000 daripada pembekal A yang hanya menawarkan vending machine sahaja, Anda perlu mengeluarkan RM 20,000, Ke RM 30,000 untuk barangan vending machine yang sama jika anda membeli daripada pembekal B yang menawarkan pakej vending machine beserta lokasi.
Kenapa harga yang ditawarkan sangat mahal jika barangan vending machine yang dibeli beserta lokasi?
Pertama sekali yang perlu anda tahu, anda perlu ingat bahawa syarikat2 yang menawarkan servis mendapatkan lokasi bagi menempatkan vending machine bukan sahaja menjual vending machine akan tetapi mereka menawarkan servis tmpt dan memudahkan kerja anda daripada mencari lokasi.
Harga yang diletak mahal bukan atas sebab harga barangan pada vending machine tersebut tetapi nilai harga yang tinggi itu adalah datang dari harga lokasi yang dicari oleh mereka. Selain itu juga , perlu diingat tidak semua lokasi yang diberikan oleh syarikat pembekal boleh memberi kutipan yang memberangsangkan. Ada sesetengah pembekal yang hanya sekadar mahu anda mempunyai lokasi sahaja tanpa memikir keuntungan yang akan anda perolehi.
Selain itu juga, pastikan anda sendiri melihat lokasi yang diberikan oleh pembekal sebelum bersetuju untuk anda membuat pembelian dengan mereka. Jika supplier tersebut banyak berdalih dari ingin menunjuk lokasi lersebut kepada anda, adalah lebih baik anda membatalkan hasrat anda untuk membuat pembelian dengan mereka. Hal ini penting kerana anda akan mengeluarkan jumlah wang yang sangat banyak dan jika anda tersalah membuat keputusan untuk membuat pembelian berkemungkinan besar anda berisiko untuk mengalami kerugian yang besar nanti.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampumilik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi 010 231 7188
Office dan Showroom & Kilang Di:
Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link ini http://goo.gl/NRTGTM
Kalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpertV
Leave a Reply