Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri
Hi! Untuk part ke 4 artikel ini, saya akan membincangkan tentang:
Memilih Produk Vending Machine Yang Betul Supaya Anda Mendapat Pulangan Yang Maksimum
Menentukan produk vending machine @ mesin layan diri anda yang menepati permintaan pelanggan di setiap lokasi adalah penting untuk perniagaan anda. Mungkin bercakap lebih senang dari membuat tindakan. Tapi ianya agak sukar untuk memilih produk yang sesuai untuk mesin anda.
Setiap lokasi adalah berbeza dari segi demographic, pelanggan, corak lalu lintas, dan keperluan yang unik yang perlu di ambil kira. Terdapat pelbagai jenis barangan di pasaran dan pelbagai faktor harus di ambil kira bila kita mencampurkan apa yang kita ingin jualkan melalui vending machine kita. Kejayaan bergantung kepada kombinasi yang sempurna yang dapat menepati citarasa pelanggan kita.
5 Faktor Untuk Menentukan Product Yang Ingin Di Jual Melalui Vending Machine @ Mesin Layan Diri Adalah:
1. Rasa
Ini adalah faktor paling utama dan penting bila kita mencipta suatu produk yang bercampur untuk mesin anda. Jika produk tidak menepati citarasa pengguna utama di lokasi anda tempatkan vending machine anda, anda akan berhadapan dengan kerugian. Ianya semudah ABC, dengan mengkaji jejak market dan jualan ianya akan memberikan bantuan untuk anda memperoleh kombinasi yang betul.
2. Khasiat Nutrisi
Zaman sekarang adalah trend memakan makanan yang menyihatkan. Ini bermakna, pelanggan anda mungkin menitikberatkan perkara seperti kalori, kandungan gula dan lemak dan lain -lain. Jadi, cipta satu kombinasi yang disekalikan dengan alternative yang lebih sihat dari makanan ringan. Produk dari vending machine anda haruslah menepati peraturan dari lokasi yang tertentu. Ambil berat tentang sekolah dan hospital dimana kawasan itu mempunyai peraturan yang ketat.
3. Kemampuan
Harga produk haruslah mempunyai persaingan atau ianya tidak akan terjual. Simpan duit anda dengan meningkatkan margin dengan membeli direct dari kilang. Dengan itu anda mampu mendapat barang lebih murah dan untung yang lebih tinggi.
4. Jenama Yang Terkenal
Pelanggan selalu berminat untuk membeli produk berjenama kerana mereka lebih biasa dengan produk tersebut berbanding produk yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini dipasaran. Pastikan anda mengisi stok produk yang dikenali ramai supaya barangan anda akan terjual dengan pantas.
5. Kepelbagian Kombinasi Produk
Pelanggan di dalam pasaran anda mungkin akan menjadi bosan dengan kombinasi produk anda. Oleh sebab itu, perkenalkan mereka dengan produk baru untuk mengelakkan pelanggan cepat bosan dan mereka lebih berminat dengan mesin layan diri anda.
Berdasarkan point-point diatas, dapat dirumuskan bahawa, kombinasi produk untuk dijual amatlah penting. Tanpa kombinasi yang betul, mungkin barang anda tidak akan terjual lalu menyebabkan kerugian terhadap anda.
Berminat? Anda boleh ajukan sebarang pertanya mengenai Vending Machine @ Mesin Layan Diri ini dengan menekan gambar dibawah:
APA LAGI JANGAN BUANG MASA. PM KAMI DI “KENSHOU VENDING” MALAYSIA NO.1 VENDING MACHINE OPERATOR & SUPPLIER sejak tahun 2009.
Selain itu kami juga mempunya produk lain untuk dibekalkan antaranya:
- Vending Machine Cup Hot & Cold Drink: RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut, RM1 untuk urutan selama 3 Minit
- Vending Machine Air Tin Sejuk (Anda Boleh Menjual Beraneka Air Tin & Botol Mengikut Kehendak Anda)
- Vending Machine Washing Machine (Dobi Layan Diri Mampu Milik)
- Vending Machine Air Tapisan (Mesin Menjual Air Tapisan 10 sen untuk 1 liter air yang boleh terus diminum)
Whatsapp Hotline to KENSHOU VENDING CREW: Nazmi – 010-2317188
Anda juga boleh datang terus ke HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor. Sebelum dating jangan lupa untuk set appointment dengan crew terlebih dahulu ya =D
Selain itu, Showroom & Kilang kami terletak di: kenshou Vending Supplies, Block Suria Alndustrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor. Showroom & Kilang kami betul-betul terletak bersebelahan dengan kilang gula CSR batu 3. Anda juga boleh waze dengan copy link: https://waze.to/lr/hw281qyxtn
Atau anda jugak boleh Pilih Mesin Layan Diri anda di SINI
Untuk fast response berkenaan Quotation dan SPECIAL PROMO anda boleh dapatkan catalogue kami di SINI
Kalau nak PM di Facebook anda boleh klik di SINI
Leave a Reply