Penggunaan mesin vending (vending machine) di Malaysia telah dimulakan sejak 33 tahun yang lalu oleh sebuah syarikat minuman ringan, F&N Coca-Cola (M) Sdn. Bhd. Pada hari ini, penggunaan mesin layan diri itu telah berkembang daripada hanya berlegar dalam industri perniagaan makanan dan minuman kepada beberapa bidang perkhidmatan lain. Ia sudah mula digunakan untuk menjual tiket pengangkutan awam dan sistem pembayaran tempat letak kereta. Malah penggunaannya sudah semakin meluas sehingga menarik minat beberapa pihak menawarkan perkhidmatan hiburan seperti penjualan barangan permainan kanak-kanak di tempat-tempat awam termasuk di pusat membeli-belah.
Industri mesin vending di negara ini sebenarnya adalah lombong emas yang belum digali. Pasaran di negara ini mempunyai potensi untuk sehingga 300,000 buah mesin jual lagi. Jepun mengambil masa 35 tahun untuk membina industri mesin vendingnya bermula dari kosong, jadi, Malaysia tentu lebih cepat lagi kerana industri itu telah berkembang maju dan kita hanya perlu belajar daripada pengalaman orang lain.
Pada masa ini, 95 peratus daripada mesin vending di negara ini diimport. Justeru itu Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk syarikat-syarikat pengeluar tempatan menceburi bidang pembuatan mesin vending termasuk bahan-bahan komponennya.
Industri mesin vending mempunyai masa depan yang cerah dan cemerlang di negara ini. Apatah lagi ia mendapat sokongan padu kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Selain sokongan kerajaan, kesedaran di kalangan syarikat-syarikat terlibat juga menampakkan tanda positif dengan tertubuhnya Persatuan Mesin Jual Automatik Malaysia (AVAM).
Industri mesin vending masih belum diteroka di rantau ini dan masanya akan tiba untuk ia menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat dan para peniaga.
Menjadikan mesin vending sebagai satu cara hidup masyarakat di negara ini juga adalah matlamat utama AVAM.
Di Amsterdam sekarang sudah ada mesin vending yang menjual makanan panas seperti roti. Kalau di Malaysia, sekarang sudah ada mesin yang menjual mi segera. Mungkin kita boleh lihat ada nasi lemak atau roti canai pada masa akan datang.
Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah sejauh mana kemungkinan perkembangan mesin vending secara meluas akan menjejaskan para peniaga kecil seperti warung-warung di tepi jalan yang mercup tumbuh di sana-sini hingga menjadikan Kuala Lumpur misalnya, sebuah kota yang tidak pernah tidur.
Penerimaan orang ramai terhadap makanan yang dijual secara layan diri ini sangat bergantung kepada aspek kelebihan yang ditawarkannya iaitu kebersihan.
Mesin vending lebih sesuai untuk diletak di tempat kerja, universiti dan sekolah kerana ia boleh menjadi pilihan kedua kepada pekerja, mahasiswa dan pelajar terutamanya jika kantin ditutup.
Lokasi lain yang sesuai adalah seperti di
- masjid
- surau
- kem tentera
- apartment
- kedai dobi
- JPJ,
- JPN dan sebagainya.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : Nazmi 010 231 7188
Office dan Showroom & Kilang Di:
Kenshou Vending Supplies,Block Suria AIndustrial Lot, Jalan TBP 1,Off Jalan Batu 3 Lama,47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3, Waze je copy link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Disini .. Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link ini http://goo.gl/NRTGTM
Kalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert
Leave a Reply