1. Teh Tarik
2. Ipoh White Coffee
Seperti mana namanya,kopi ini berasal daripada Ipoh tetapi bertentangan dengan namanya, kopi ini tidak berwarna putih. Namanya berasal daripada teknik memanggang di mana biji kopi dipanggang dengan ringan dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh.
Asal-usul cara memanggang ini selalu dikaitkan dengan pendatang Hainan yang menetap di Malaysia yang mengadaptasi teknik klasik untuk membuat minuman yang mempunyai rasa kopi dan karamel yang ringan. Kopi putih Ipoh biasanya diperkaya susu pekat dan biasanya mempunyai buih yang ringan di permukaan air kopi ini.
3. Teh Tiga Lapisan
Minuman sejuk ini dipanggil teh tiga lapisan kerana disebabkan ramuan teh yang berlapis di dalam gelas kaca yang tinggi. Teh ini sangat sesuai untuk dinikmati terutama pada hari yang panas terik bagi menyegarkan tubuh.
Seperti lapisannya, terdapat tiga bahan utama yang diperlukan untuk membuat teh ini. Lapisan bawah diperbuat daripada gula Melaka cair dan lapisan yang kemudiannya adalah susu pekat manakala pada bahagian paling atas adalah teh hitam pekat.
Ketumpatan setiap bahan membuatkan minuman ini mempunyai tiga lapisan. Orang akan mengacau dahulu sebelum minum air tersebut bagi mencampurkan bahan-bahannya. Minuman ini telah mendapat populariti selama beberapa dekad dan ia juga boleh didapati di seluruh Malaysia, tetapi jika anda mencari teh tiga lapisan yang asli, Sarawak adalah tempat yang harus anda kunjungi.
4. Milo Ais
Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Ianya merupakan minuman coklat dan malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Pasifik. Di Malaysia, rakyatnya gemar menikmatinya secara sejuk dan tentu saja akan ditambah gula dan juga susu pekat.
Antara variasi yang popular adalah ‘Milo Dinosaur’. Tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh mendapat namanya. Ia secara ringkasnya adalah Milo Ais dengan tambahan serbuk Milo sebagai topping.
Leave a Reply