Bisnes Ice Blended dan Milkshake
Bisnes Ice Blended/ Milkshake ini pun sangat famous dikalangan rakyat malaysia. Kalau kita perasan ramai yang jual di food court, cafe, tepi jalan, pasar malam, pasar pagi dan juga merupakan trend minuman sekarang seperti minuman air ala-ala tealive, chatime, coolblog dan lain-lain lagi.
Kos Ice Blended/Milkshake
- Blender RM160 (heavy duty boleh kisar ais)
- Serbuk Ice Blended (1kg untuk 30-40 cawan kecil) RM18/kg x 5 perisa= RM90
- Whipping Cream RM16 (aerosol)
- Coklat Tabur RM3
- Cawan Kecil RM15 (100pcs)
- Cawan Besar RM15 (100pcs)
- Straw RM3 (100pcs)
- Ais batu (baby ice) RM4
- Total Kos=RM326
- Kos 1cup kecil RM1.20
- Kos 1cup besar Rm1.80
Jualan harga Ice blended/Milkshake:
- RM3 hingga RM5 secawan (ikut size cawan, kalau ada syrup dan topping harga lain)
- Untung RM 1.80-RM3.20 Secawan
Bisnes Aiskrim
Bisnes Aiskrim atau lebih dikenali Bisnes Aiskrim Malaysia atau Ais Ikat memang best dan modal yang sangat kecil. Untuk memulakan perniagaan Aiskrim Malaysia ini ketika zaman perintah kawalan pergerakan 2.0 korang boleh start promote didalam group whatsapp jiran-jiran taman, flat atau apartment, group membawang atau macam-macam lagi group whatsapp, facebook, wechat dan telegram. Sambil borak kosong tu selitkan bisnes aiskrim malaysia korang pasti ramai yang berminat. Nak lagi sedap aiskrim malaysia korang tu pakai ja serbuk minuman confirm ramai yang repeat nak lagi aiskrim malaysia korang.
Kos AisKrim Malaysia
- Plastik Bag ais ikat RM4 (100pcs)
- Serbuk Mixlah 1kg RM18-20 (boleh buat 40-50 batang)
- Susu cair/pekat RM4 (1tin)
- Air 3-4liter RM0.20
- Elektrik (peti sejuk & lain) RM3
- *Rainbow Jelly optional RM9
- Total kos= RM38.80 (Kos sebatang aiskrim malaysia RM0.77)
Jualan harga aiskrim malaysia:
- RM1.50 sehingga RM2.00 sebatang
- Kombo Flavor RM10 untuk 5-6 batang
- Untung RM0.73-RM1.30 sebatang
Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply