Minum teh hijau untuk diet
Teh hijau bukan lagi satu benda asing bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minuman ini sudah lama mendapat tempat di hati mereka yang ingin diet dan kurus.
Teh hijau mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai catechins yang boleh meningkatkan metabolisme badan dan kebolehan badan untuk membakar lemak.
Bukan itu sahaja, secawan teh hijau mengandungi sekitar 24-40 mg kafein, sejenis stimulan yang mampu meningkatkan pembakaran kalori semasa bersenam.
Amalkan minuman protein
Minuman protein atau protein shakes bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, ia boleh dibeli dengan mudah di laman sosial dan juga di farmasi berdekatan. Jika anda ingin rasa kenyang dengan cepat, cuba ambil minuman protein pada waktu pagi.
Namun, sebelum anda beli minuman protein, pastikan anda baca dahulu label makanan. Jangan pilih jenama yang mempunyai kadar gula yang tinggi atau sebarang bahan yang berbahaya terhadap kesihatan.
Minuman untuk diet, cubalah kopi!
Kopi sebenarnya boleh membantu anda untuk kurus, asalkan anda tidak memakannya dengan sebiji donat atau sepotong kek.
Menurut sebuah kajian di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, minum kopi 4 cawan sehari boleh mengurangkan lemak di dalam badan sebanyak 4%.
Bukan itu sahaja, kopi juga dapat membuatkan anda rasa lebih gembira kerana ia berupaya mempengaruhi mood anda sepanjang hari.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply