Rasa Kopi Lebih Unik Dan Sedap Jika Tambah 5 Bahan Ini
Kopi anda rasa kurang sedap ataupun anda sudah bosan dengan rasa kopi yang biasa? Anda boleh cuba tambah 5 bahan ini untuk menjadikan kopi anda lebih unik dan sedap.
#1 Serbuk kayu manis
Aroma kayu manis memang mengasyikkan. Apatah lagi kalau digabungkan bersama aroma segar kopi. Cuba maniskan kopi anda dengan kayu manis, ia dipercayai dapat meningkatan sistem imunisasi badan dan memperbaiki masalah tekanan darah rendah.
#2 Garam
Kopi anda rasa terlalu pahit? Pakar kopi kata cara paling terbaik untuk mengurangkan rasa pahit dengan mencampurkan sedikit garam. Namun ada juga yang berpendapat cara ini tidak mengubah rasa apa-apa pada kopi. Hmmm..yeke, apakata anda cuba dahulu.
#3 Telur mentah
Kalau di Vietnam ia merupakan minuman tradisional dimana masak kopi bersama telur, begitu juga di Sweden yang dipercayai sebagai kopi ‘pembekal tenaga’. Adunkan serbuk kopi bersama satu biji telur mentah, kemudian sediakan air kopi seperti biasa. Pastikan anda tapis kopi sebelum dihidangkan. Rasa kopi dikatakan lebih kaya, berlemak dan kurang rasa pahit atau berasid.
#4 Perahan lemon atau limau
Kebiasaanya apabila kita minum teh kita dihidangkan bersama perahan lemon, tak sangka pula dengan kopi juga boleh. Sama seperti dengan garam, perahan jus ini boleh mengurangkan rasa pahit tapi membangkitkan lagi rasa manis kopi. Cumanya rasa asid agak kuat jadi pastikan anda rasa dahulu jika kopi anda telah dikacau sekali dengan gula atau susu.
#5 Coca-cola
Biar betul?! Kalau di Australia dan Jepun mereka telah mengeluarkan edisi terhad Coca-cola versi kopi tanpa gula. Cara ini menaikkan lagi rasa manis pada kopi anda. Kalau anda ingin cuba dengan Coca-cola pastikan campurkan kopi tanpa gula.
3 Herba Yang Mudah Ditanam Di Rumah Anda
Banyak herba yang boleh ditanam dirumah untuk kegunaan harian kita. Ini memerupakan beberapa herba yang mudah ditanam dirumah tanpa memerlukan kawasan yang besar.
1) Daun kari
Daun kari adalah asas untuk pelbagai hidangan yang menyelerakan, dan mereka sangat mudah untuk tumbuh.
2) Serai
Rasa dari serai itu sendiri sudah lama menjadi perasa tambahan untuk menambahkan keenakan dalam pelbagai masakan di Asia Tenggara, dan ia adalah salah satu tumbuhan herba biasa digunakan di Malaysia.
3) Pudina
Kalau anda sedang mencari tanaman herba yang senang tumbuh, pudina lah pilihan yang terbaik.
Tumbuhan kecil yang tahan lasak ini membesar dengan cepat, dan kalau anda tak berhati-hati, habis merebak di kawasan yang ditanam tu nanti. Pudina juga boleh dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di dapur.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply