Setiap seorang rakyat Malaysia tak boleh lari dengan syurga makanan dan minuman di negara kita. Sentiasa ada menu baru dan menarik. Setiap makanan dan minuman akan berevolusi menjadi makanan dan minuman fusion yang kena dengan tekak rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Minuman pun ada pelbagai variasi yang sedap dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
1. Teh Tarik
Teh tarik sememangnya merupakan minuman yang digemari ramai dan ia turut terkenal di Indonesia. Nama teh tarik itu sendiri diambil daripada kaedah untuk membuatnya di mana ia perlu ditarik sebelum boleh dihidangkan. Selepas serbuk minuman teh dan juga susu yang menjadi bahan utama untuk membuat teh tarik dicampur menjadi satu, campuran tersebut dituangkan ke dalam gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh seolah-olah sedang ditarik oleh pembuatnya.
2. Air Bandung
Air bandung atau dikenali juga sebagai sirap bandung adalah minuman yang sememangnya terkenal dan digemari ramai di Malaysia. Selain daripada Malaysia, sirap bandung juga turut terkenal di negara Singapura dan Brunei.
Ianya sangat mudah untuk dibuat dan bahan utamanya adalah susu sejat atau susu pekat yang di kemudiannya dicampur dengan sirap mawar. Proses ini memberikan warna merah jambunya yang tersendiri dan terang. Di Malaysia, sirap bandung banyak disajikan di gerai-gerai milik bangsa Melayu dan juga Mamak.
3. Jus Laici
Laici merupakan sejenis buah tropika yang sememangnya dikenali ramai. Laici atau dikenali juga dengan ejaan Lichi atau Litchi berasal daripada China dan juga seluruh Asia Tenggara. Buah laici dan longan berasal daripada jenis yang sama dan mempunyai bentuk yang hampir sama. Jika di Malaysia, buah longan lebih mudah untuk didapatkan berbanding buah laici.
Jus sangat menyegarkan dan ringan. Ia adalah minuman yang mudah untuk dibuat dan dapat menghilangkan rasa dahaga yang baik pada hari yang panas. Anda disarankan untuk menambahkan buah laici ke dalam jus ini bagi menaikkan lagi rasanya. Buah-buah laici itu kemudiannya dapat dinikmati selepas selesai minum jus laici tersebut.
4. Ipoh White Coffee
Seperti mana namanya, kopi ini berasal daripada Ipoh tetapi bertentangan dengan namanya, kopi ini tidak berwarna putih. Namanya berasal daripada teknik memanggang di mana biji kopi dipanggang dengan ringan dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh.
Asal-usul cara memanggang ini selalu dikaitkan dengan pendatang Hainan yang menetap di Malaysia yang mengadaptasi teknik klasik untuk membuat minuman yang mempunyai rasa kopi dan karamel yang ringan. Kopi putih Ipoh biasanya diperkaya susu pekat dan biasanya mempunyai buih yang ringan di permukaan air kopi ini.
5. Milo Ais
Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Ianya merupakan minuman coklat dan malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Pasifik. Di Malaysia, rakyatnya gemar menikmatinya secara sejuk dan tentu saja akan ditambah gula dan juga susu pekat.
Antara variasi yang popular adalah ‘Milo Dinosaur’. Tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh mendapat namanya. Ia secara ringkasnya adalah Milo Ais dengan tambahan serbuk Milo sebagai topping.
Antara Kebaikan Herba Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Sejak sekian lama, herba yang tumbuh meliar di hutan telah digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional malah juga kini dalam rawatan moden.
#1 – Kunyit Bantu Turunkan Berat Badan
Kunyit yang sering digunakan dalam masakan harian dipercayai mampu mengurangkan bengkak, melawan tanda awal penuaan, serta melawan jangkitan bakteria dalam badan. Malah kunyit juga dilaporkan mampu membantu untuk mengurangkan berat badan.
#2 – Bunga Cengkih Mampu Hilangkan Bau Nafas
Dengan nama saintifiknya, Syzygium aromaticum, colves atau bunga cengkih sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan menghilangkan sakit gigi kerana ia bersifat antiseptik. Malah dalam perubatan di negara China. Cengkih sering juga digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.
#3 – Kulit Kayu Manis Melawan Diabetes
Dikenali sebagai cinnamon, kulit kayu manis merupakan rempas ratus yang diambil daripada bahagian dalam kulit batang pokok jenis Cinnamomum. Penggunaan kulit kayu manis dalam masakan begitu meluas seperti dalam sup, kopi, malah turut digunakan sebagai bahan kecantikkan. Antara kebaikkan kulit kayu manis adalah untuk membaiki tisu rosak, mengurangkan bengkak, sakit otot, kejang serta membantu gula rendah dalam darah.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Adila LCS
Leave a Reply