Bagi Penggemar Serbuk Minuman Kopi Anda Perlu Membaca ini!
Kopi adalah minuman yang dicampur dengan air panas dan dibuat daripada biji panggang, biasa disebut sebagai biji kopi, tanaman kopi. Kopi merupakan tumbuhan berasal daripada bahagian tropika di Afrika, Madagascar, Comoros, Mauritius dan Réunion yang terletak di Lautan Hindi. Peningkatan permintaan terhadap kopi membuatkan tanaman ini kini ditanam di lebih 70 buah negara terutamanya negara-negara beriklim tropika termasuklah Amerika, Asia Tenggara, India dan juga Afrika.
Di Malaysia sendiri sudah penuh dengan cafe – cafe yang menyediakan minuman kopi yang pelbagai jenis dan perasa. Bukan itu sahaja, serbuk minuman kopi juga banyak terjual di pasar raya, cafe mahupun kedai runcit. Serbuk minuman kopi bukan lah hal asing lagi buat rakyat Malaysia dan boleh didapati dimana-mana sahaja.
DUA (2) JENIS KOPI TERMAHAL DI DUNIA
SERBUK KOPI LUWAK
Luwak adalah nama sekumpulan mamalia spesies musang yang hidup di hutan Asia Tenggara termasuk kepulauan Indonesia. Haiwan ini menggemari kopi sebagai makanan bijirin harian. Mamalia ini terkenal dengan tabiat gaya hidup memetik biji kopi dan memilih biji kopi segar yang masak dengan baik sebagai makanan. Biji kopi bercangkang keras biasanya tidak dihadam dan keluar bersama najis nya.
Kopi Luwak merujuk kepada biji kopi yang keluar bersama tahi musang. Ia dibasuh dan diproses menjadi serbuk minuman kopi. Kopi luwak ditanam secara kecil-kecilan di Bali, Jawa dan Sumatera, Indonesia sebagai lokasi pemprosesan bukan mesin. Harga untuk serbuk minuman kopi Luwak ini juga bergantung kepada kualiti biji kopi tersebut, ada yang bernilai RM75 dan RM687. Namun ada yang mencecah sehingga RM1353 hanya untuk satu tin serbuk minuman kopi luwak.
SERBUK KOPI BLACK IVORY
Oleh kerana penghasilan dan cara memproses kopi ini yang sangat rumit, Kopi Black Ivory merupakan kopi yang paling mahal di dunia dengan harga RM1521 + cukai dan ada yang mencecah harga RM4661.80 bagi setiap kilogram. Black Ivory ini merupakan sejenis kopi yang dibuat dengan cara yang hampir sama dengan kopi luwak namun dengan haiwan yang berlainan. Kopi Black Ivory ini merupakan kopi yang terhasil daripada pencernaan najis binatang iaitu gajah yang terkenal di negara Thailand.
Walaupun sukar dipercayai, namun percaya atau tidak, Kopi Luwak dan Kopi Black Ivory terhasil daripada pencernaan najis musang dan gajah. Jadi untuk penggemar serbuk minuman kopi, sanggupkah anda mencuba sendiri serbuk kopi tahi musang dan gajah ini?
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Leave a Reply