Serbuk minuman milo adalah antara kegemaran masyarakat Malaysia yang utama. Kebiasaanya serbuk minuman milo pasti wajib di berada di setiap rumah, malah di gerai makan mahupun restoran seperti KFC dan juga McDonald. Serbuk minuman milo yang berasaskan cokalt malt ini sudah menjadi rutin sajian harian minuman untuk penduduk Malaysia. Pelbagai keadah cadangan sajian serbuk minuman milo ini untuk disajikan , antaranya serbuk minuman milo kosong tanpa gula, serbuk minuman milo berserta susu pekat manis, serbuk minuman milo yang disapukan atas roti dan sebagainya. Oleh itu, mari kita terokai fakta berkaitan sebuk minuman milo seperti yang dinyatakan seperti berikut :
- Serbuk minuman Milo dicipta oleh seorang warganegara Australia iaitu Thomas Mayne seorang ahli kimia industri dan seorang pencipta syarikat Nestle. Serbuk minuman Milo telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1934.
- Nama bagi sebuk minuman Milo diambil sempena nama seorang atlit Greece Kuno yang diberi nama Milo of Croton
- Serbuk minuman milo dibuat daripada susu, bijiran barli atau gandum dan sebuk koko. Serbuk minuman Milo mempunyai kandungan vitamin seperti B2, B3, B6 dan C.
- Serbuk minuman Milo ini menjadi minuman suplemen semasa negara kita sedang membangun selepas merdeka. Kini serbuk minuman milo sudah menjadi minuman utama bagi setiap keluarga di Malaysia.
- Tambahan pula, sebuk minuman milo ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah di negara Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Chile, Colombia, Sri Lanka, Peru, Barat dan tengah Afrika. Walaubagaimanpun Malaysia adalah pengguna terbesar serbuk minuman Milo ini
- Serbuk minuman Milo juga mempunyai rasa yang berbeza jika dijual sebagai air kotak, dibancuh di restoran, di lori Milo dan berbeza mengikut bancuhan setiap orang. Mungkin boleh dikatakan rasa serbuk minuman Milo mengikut nisbah susu atau jenis serbuk minuman Milo, ataupun suhu ketika bancuhan.
Mahukan cadangan minuman bagi serbuk minuman lain, sila klik link di bawah:
Info lanjut produk kami di:-
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Leave a Reply