Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Vending Machine @ Mesin Layan Diri [Part 5]
Untuk entry kali ini, saya akan membincangkan tentang:
Memberikan Servis Yang Menakjubkan Agar Perniagaan Vending Machine Anda Kekal
Terdapat 4 cabang di mana anda harus menawarkan servis yang menakjubkan kepada pelanggan anda.
1- Penyelenggaraan Mesin
Vending machine adalah seperti kereta. Anda harus melakukan penyelenggaraan agar ianya mampu berfungsi dengan baik. Apabila anda memulakan perniagaan ini, anda mungkin memerlukan pakar untuk membantu anda. Dalam masa yang sama, anda juga akan menjadi pakar dalam industri ini. Dalam jangka masa yang panjang, mengetahui cara untuk mengekalkan mesin anda mampu menjimatkan duit anda sekaligus menjaga reputasi anda di kawasan itu. Jadi, apabila anda memilih pembuat mesin anda, anda harus memastikan mereka menawarkan latihan untuk anda menyelenggara mesin itu kelak. Atau jika anda ingin mengambil peluang perniagaan ini, pastikan mereka menawarkan latihan mesin tersebut.
2- Mengoptimumkan Produk
Tunjukkan kawasan tersebut yang anda dengan kerapnya memikirkan tentang kepuasan mereka dengan mengoptimise kan produk yang terdapat di dalam mesin anda. Tukar produk yang tidak laku dengan produk yang lebih laku dan baru. Anda juga boleh mencuba jenama yang lain dan yang lebih menarik.
3- Mempunyai hubungan dua Hala dengan Pelanggan:
- Menggunakan sticker yang menarik perhatian pelanggan agar mereka menyedari mesin anda mempunyai produk baru atau pun promosi penurunan harga.
- Anda harus turut serta ketika proses pengisian semula dan berikan beberapa sampel kepada orang sekeliling. Apabila mereka sudah mengetahui betapa bagusnya produk anda, mereka pasti akan membeli dari mesin anda sahaja.
- Tarik minat mereka dengan memberi hadiah seperti contoh, anda telah menampal RM5 di salah satu tin minuman yang anda letakkan di dalam vending machine anda, dan anda lekatkan sticker dengan mengatakan “beli air disini dan pemenang bertuah akan memenangi RM5 yang dilekatkan di salah satu tin di dalam mesin ini” Sudah pasti ianya akan menarik minat mereka untuk membeli dari mesin anda.
4- Komunikasi
Komunikasi adalah suatu yang amat penting di dalam hubungan perniagaan. Jadi, layan pelanggan anda seperti bisnes partner anda. Anda haruslah:
- Menjadi seorang yang proaktif: Selain daripada menunggu pelanggan dari lokasi mencari anda, anda juga boleh mengcari mereka untuk memberi feedback dan komen. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka mahukan dan pastikan dengan mereka secara berkala dan letakkan sistem di tempat yang mudah untuk mereka menghubungi anda jika mereka ingin melaporkan apa sahaja ketidakpuas hati terhadap mesin anda. #Vending Tip: Layan pelanggan anda seperti bisnes partner anda dan jadi lebih proaktif dengan komunikasi
- Memberi tindakbalas: Mustahillah mesin anda tidak akan menghadapi masalah. Sudah pasti anda akan mendapat aduan tentang kerosakkan mesin anda. Apabila pelanggan melaporkan mengenai mesin anda, berikan mereka feedback jangan abaikan aduan mereka. Sistem yang terbaik adalah anda respon segala aduan pelanggan dalam masa 24 jam agar mereka tahu anda boleh dihubungi dan senang dihubungi.
- Selalu berhubung: Biarkan mereka merasa mereka adalah penting bagi anda dan anda bersyukur dengan hubungan antara lokasi dan peniaga. Anda boleh secara berkala turun padang memberi mereka snack terbaru, atau goodies bag, atau pun singgah sebentar bertanya khabar.
- Jadi seorang yang berbudi bahasa: Apabila anda memberi cek kepada pemilik lokasi, sertakan ucapan terima kasih. lakukan ini setiap masa anda memberi cek. Perkara ini nampak kecil tapi ianya mampu memberi impak yang maksima.
Kesimpulannya, servis pelanggan yang baik adalah kunci kepada hubungan yang kekal antara pemilik lokasi dan anda. Selain itu, menjadi seorang yang mahir dengan vending machine anda akan dapat menjimatkan masa dan wang anda. Anda juga harus mempunyai cara yang creative untuk berinteraksi dengan pelanggan anda.
Berminat? Anda boleh ajukan sebarang pertanya mengenai Vending Machine ini dengan menekan gambar dibawah:
APA LAGI JANGAN BUANG MASA. PM KAMI DI “KENSHOU VENDING” MALAYSIA NO.1 VENDING MACHINE OPERATOR & SUPPLIER sejak tahun 2009.
Selain itu kami juga mempunya produk lain untuk dibekalkan antaranya:
- Vending Machine Cup Hot & Cold Drink: RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut, RM1 untuk urutan selama 3 Minit
- Vending Machine Air Tin Sejuk (Anda Boleh Menjual Beraneka Air Tin & Botol Mengikut Kehendak Anda)
- Vending Machine Washing Machine (Dobi Layan Diri Mampu Milik)
- Vending Machine Air Tapisan (Mesin Menjual Air Tapisan 10 sen untuk 1 liter air yang boleh terus diminum)
Whatsapp Hotline to KENSHOU VENDING CREW: Nazmi – 010-2317188
Anda juga boleh datang terus ke HQ kami di Pusat Perdagangan Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor. Sebelum dating jangan lupa untuk set appointment dengan crew terlebih dahulu ya =D
Selain itu, Showroom & Kilang kami terletak di: kenshou Vending Supplies, Block Suria Alndustrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor. Showroom & Kilang kami betul-betul terletak bersebelahan dengan kilang gula CSR batu 3. Anda juga boleh waze dengan copy link: https://waze.to/lr/hw281qyxtn
Atau anda jugak boleh Pilih Mesin Layan Diri anda di SINI
Untuk fast response berkenaan Quotation dan SPECIAL PROMO anda boleh dapatkan catalogue kami di SINI
Kalau nak PM di Facebook anda boleh klik di SINI
Leave a Reply