Kopi dengan kita memang tak dapat dipisahkan. Bila nak kerja, nak study, mengantuk nak tertidur, penyelamatnya ialah kopi. Coffee is our bestfriend!
Aromanya yang wangi, sedap… Memang buat semua tergila-gilakan kopi. Kopi boleh dihidangkan panas atau sejuk mengikut cita rasa masing-masing. Biasa you guys buat kopi apa je? Apa kata kita ubah sikit resepi, mana la tau bosan kan hari-hari minum kopi yang sama. Jom ikuti resepi kopi yang guarantee sedap!
1. Kopi Halia
Halia sememangnya membawa banyak khasiat, halia ni boleh berfungsi untuk panaskan badan, buang angin dan membantu dalam melancarkan penghadaman. Haa, banyak kan khasiat halia ni? Kepada penggemar kopi tu, try la campur kopi dan halia. Tak tipu, you guys akan suka kopi halia selepas hirupan pertama!
Bahan-bahan:
- 2 cawan serbuk minuman kopi
- 1/2 cawan halia kering
- 6 sudu besar biji ketumbar
Cara-cara:
1. Sangrai (toastkan dalam kuali tanpa minyak) biji ketumbar menggunakan api kecil dalam 2 – 3 minit.
2. Tumbuk halia.
3. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan biji ketumbar dalam blender.
4. Gaulkan serbuk minuman kopi dan serbuk campuran halia dan biji ketumbar. Jadi dah serbuk kopi.
5. Masukkan air panas dan campuran serbuk minuman kopi ke dalam periuk. Tambahkan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
6. Tapiskan. Kopi halia siap untuk dinikmati!
2. Kopi Tarik Ais
Biasa dengan teh tarik je kan? Kopi pun boleh tarik tau. Aromanya lebih emm, dengan buih-buih yang ada atas tu, buatkan minuman ni lagi sedap! Rasa kopi yang pekat dan kaw, fuh memang mantap!
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk minuman kopi
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
- 1/2 cawan susu segar
- Cawan dan penutup
Cara-cara:
1. Masukkan serbuk minuman kopi, gula dan air ke dalam cawan. Tambahkan susu segar.
2. Tutup cawan dengan penutup dan goncangkan.
3. Tuangkan ke dalam cawan lain yang berisi ais. Jangan lupa tarik!
3. Kopi ais
Iced coffee sudah tentu menjadi kegemaran semua. Dah jadi satu rutin untuk grab a coffee sebelum kerja atau study. Jom buat iced coffee yang istimewa sendiri. Confirm lepas ni tak beli luar dah.
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee
- 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu maple syrup (atau madu)
- 1/4 cawan susu segar (boleh gunakan oat milk)
Cara-cara:
1. Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan. Masukkan serbuk minuman kopi, gula dan maple syrup. Kacaukan.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan ketulan ais dan susu.
3. Akhir sekali, masukkan kopi. Siap!
4. Affogato Coffee
Affogato coffee sememangnya menjadi dessert kegemaran untuk peminat kopi. Mana taknya, rasa aiskrim vanila gabung dengan kopi yang sedap. Jom rasai kenikmatan Italian dessert ini! Tak perlukan coffee machine tau…
Bahan-bahan:
- 2 sudu teh serbuk minuman instant coffee atau serbuk minuman esspresso
- 1/2 cawan air
- 2 scoop asikrim vanila
- Chocolate shavings
Cara-cara:
1. Bancuh kopi dengan air seperti biasa.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan aiskrim. Tuangkan air bancuhan kopi tadi.
3. Letakkan chocolate shavings sebagai topping.
5. Kopi Dalgona
Minuman viral ini memang sedap. Mana taknya, rasa lemak manis, penuh berkrim! Nak hasilkan kopi Dalgona ni senang je… Jom cuba resepi ini, kalah kafe-kafe di luar.
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air panas
- 1 cawan susu penuh krim
- 1 genggam ais
Cara-cara:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar air panas. Pukul selama 5 minit sehingga dapat konsitensi ‘stiff peak‘.
2. Masukkan ais dan susu dalam cawan. Masukkan whipped coffee.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Adila LCS
Leave a Reply