1. Shopping mall
Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Shopping Mall adalah Lokasi yang paling terbaik dalam banyak-banyak lokasi bagi menempatkan mesin layan diri. Ini disebabkan shopping mall atau pusat membeli belah adalah tempat yang akan sentiasa ada orang yang datang mengunjungi terutama pada hari sabtu dan ahad. Walau dicelah mana sekalipun anda tempatkan mesin layan diri anda di dalam shopping mall, anda tetap akan mendapat keuntungan yang lumayan. Anda juga boleh tempatkan apa sahaja jenis mesin layan diri yang anda inginkan kerana ianya kawasan yang bertutup, bersih dan berhawa dingin.
Kawasan bagi menempatkan mesin layan diri ini semenangnya mendatangkan keuntungan. Di sebabkan ia mendatang keuntungan yang lumayan, pesaingan untuk mendapatkan lokasi juga amatlah tinggi. Selain itu juga, kadar sewa yang dikenakan bagi sesuatu unit mesin layan diri adalah tinggi. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan kadar sewa yang dikenakan supaya kelak tidak menjerut leher anda untuk membayarnya.
2.Dobi Layan Diri
Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Mesin coklat
- Ro water
Kepada anda yang baru memulakan perniagaan mesin layan diri saya sangat mengeyorkan kepada anda untuk menempatkan mesin layan diri anda di dobi layan diri 24 jam. Persoalannya adakah ianya menguntungkan?
Jawapannya Ya menguntungkan kerana ianya beroperasi 24 jam. Salah satu rahsia bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi bagi sesuatu mesin layan diri ialah lebih panjang masa beroperasi , lebih banyak orang yang akan mengunakan mesin layan diri anda.
Untuk mendapatkan lokasi seperti dobi layan diri amatlah mudah kerana sekarang ini terdapat banyak dobi layan diri diluar sana yang masih baru dibuka dan memerlukan khidmat mesin layan diri seperti air tin, hot and cup, kerusi urut , mesin snack dan sebagainya. Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat mesin layan diri dikawasan ini.
3. Car wash
Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Mesin coklat
- RO Water
Cari Carwash yang beroperasi lebih 12 jam, besar dan mempunyai customer yang ramai setiap hari. Untuk mendapatkan lokasi seperti car wash juga adalah sama seperti mendapatkan lokasi bagi dobi layan diri . Ianya amatlah mudah kerana banyak car wash yang berada diluar sana yang anda boleh pilih. Cuma anda perlu cari kawasan yang bersesuaian bagi menempatkan mesin layan diri anda .Jika anda ingin menempatkan mesin layan diri kerusi urut pastikan car wash tersebut mempunyai waiting room.
Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat mesin layan diri di tempat tersebut.
4.Masjid
Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
- RO Water
Masjid boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya masjid tersebut adalah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai banyak aktiviti. Untuk memohon lokasi seperti masjid, anda boleh berjumpe dengan AJK atau imam masjid yang menguruskan hal ehwal masjid tersebut.Jika anda tidak tahu mana satu AJK masjid anda boleh melihat dipapan kenyataan bahagian carta organisasi yang disediakan di setiap masjid.
5. Kaunter-kaunter menunggu
Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-
- Mesin air tin
- Hot and cold
- Snack vending
- Kerusi urut layan diri
- Mesin coklat
Tempat menunggu yang dimaksud adalah kawasan seperti kaunter–kaunter kerajaan seperti JPN, JPJ dan sebagainya. Cari kaunter-kaunter menunggu yang orang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran mereka. Bila mereka boring, haus atau lapar mereka akan mudah untuk mengunakan mesin layan diri anda. Tapi kawasan-kawasan sebegini juga agak terhad dan limited untuk kita dapatkan .Jadi, kalau anda ada peluang boleh try.Mane lah tahu rezeki anda.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Machine pelbagai produk (Combo)Snack/Air Kotak/Coklet)
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps Hotline To Kenshou Vending Crew : 010 231 7188 @ Auto wasap klik je >>>http://kenshou.wasap.my <<<
Info lanjut produk kami di:-
https://kenshou.vendingmachine.com.my
Atau like FB page kami di https://facebook.com/vendingexpert
Penulis: Amir LCS
Leave a Reply