Kopi minuman yang dihasilkan daripada biji kopi. Di negara Arab ianya dikenali dengan nama kahwa dan di negeri Terengganu, ianya juga digelar dengan nama kawa.
Antara khasiat utama kopi ialah ianya memberikan tenaga kepada sesiapa yang menikmatinya. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan, tidak hairanlah minuman ini sangat digemari ramai.
1. Latte
Salah satu jenis kopi di dunia yang popular ialah latte. Perkataan yang digunakan ini berasal dari bahasa Itali iaitu caffè e latte yang bermaksud “kopi & susu”, sangat menarik.
Berdasarkan dari namanya, anda pasti sudah tahu yang bahan utama jenis kopi latte ini ialah kopi dan susu. Minuman ini boleh disajikan secara panas dan sejuk, bergantung kepada citarasa sendiri. Kandungan kopinya pula agak kurang berbanding yang lain.
Untuk menyediakannya, anda perlu tuang kopi ke atas buih susu atau bancuh bersamanya. Untuk rasa yang lebih berkrim, lebihkan sahaja jumlah susu.
2. Mocha
Jenis kopi ini iaitu mocha yang juga disebut mochaccino, adalah jenis latte yang berperisa coklat. Namanya berasal dari kota Mocha, Yaman, yang merupakan salah satu pusat perdagangan kopi yang terawal di dunia.
Berbanding latte, mocha mempunyai kandungan kafe yang lebih tinggi. Memandangkan ianya mempunyai kandungan coklat yang tinggi, rasanya juga manis.
Mocha mempunyai buih susu di atasnya, sama seperti latte. Jika suka, anda juga boleh meletakkan krim putar di atas buih susu untuk rasa kopi yang lebih berkrim dan manis.
3. Espresso
Ini merupakan salah satu jenis kopi di dunia yang wajib anda tahu – espresso. Ianya boleh dikatakan antara jenis kopi utama yang digunakan dalam kebanyakan jenis kopi yang lain.
Espresso adalah kaedah pembuatan kopi yang berasal dari Itali, di mana sebilangan kecil air mendidih diletakkan pada tekanan atmosfera 9-10 bar melalui biji kopi yang digiling halus.
Memandangkan ianya mempunyai kandungan kafein yang tinggi, espresso selalunya dihidangkan dalam jumlah yang sedikit. Walaupun begitu, anda masih akan berasa bertenaga setelah menikmatinya.
4. Americano
Americano adalah sejenis minuman kopi yang disediakan dengan mencairkan espresso dengan air panas, memberikannya kekuatan yang hampir sama dengan kopi yang dibru.
Jika anda gemarkan kopi yang kandungan kafeinnya tinggi, inilah jenis kopi yang wajib anda cuba. Ianya mempunyai 94-150 miligram kafein, bergantung kepada jumlah espresso yang ditambah.
Rasa Americano ialah lemak dan pekat, namun tidak terlampau manis. Jika anda inginkan rasa kopi yang lebih kuat, tambah atau pesan sahaja espresso yang banyak.
5. Kapucino
Kapucino merupakan ialah minuman berasaskan kopi yang yang diperbuat daripada kopi jenis espresso, susu panas, dan buih susu yang telah diwapkan. Sama seperti kebanyakan kopi, kopi ini berasal dari Itali.
Walaupun kelihatan hampir sama dengan latte, kapucino tidak menggabungkan espresso dan susu sekaligus. Susu untuk kapucino dituang di atasnya manakala latte menggabungkan susu bersama espresso sekaligus.
Untuk menyedapkan lagi rasanya, anda boleh tambah serbuk koko atau coklat parut di atas buih susunya. Bukan sahaja menggandakan keenakkannya, malah rupanya juga akan kelihatan lebih menarik.
Bagaimana? Sudah jumpa jenis kopi di dunia yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana ingin mencuba kesemuanya sekali?
Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu jenis kopi ini. Ianya mempunyai keunikan dan khasiat yang tersendiri, memang rugi jika anda tak rasainya sendiri. Selamat mencuba!
Antara Kebaikan Herba Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Sejak sekian lama, herba yang tumbuh meliar di hutan telah digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional malah juga kini dalam rawatan moden.
1- Lada hitam Boleh Bantu Mencerahkan Kulit
Lada hitam dilaporkan mampu bertindak sebagai exfoliant yang baik, dimana jika ditambahkan kepada skrub wajah, ia mampu membantu mengelupaskan kulit mati, merangsang sirkulasi dan membantu lebih banyak oksigen dan nutrisi ke kulit.
2-Temulawak Membantu Dalam Masalah Pencernaan
Temulawak yang merupakan salah satu tanaman herba, mempunyai banyak manfaat seperti memelihara fungsi hati, mengurangkan radang pada sendi, meawat masalah pencernaan, membantu menurunkan lemak dalam darah, dan juga membantu melawan kanser.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply