Milo, Ovaltine dan Vico adalah jenama-jenama minuman berasaskan malt berperisa coklat. Anda pasti sudah biasa melihat minuman ini dijual di kedai-kedai tempatan, sama ada dalam bentuk serbuk untuk dibancuh atau dalam tin, sedia untuk diminum.
Disebabkan kandungan malt daripada barli atau gandum, rasanya sangat berbeza dengan minuman berasaskan serbuk koko biasa.
Berkat idea kreatif rakyat Malaysia, pelbagai hidangan inovatif sudah terhasil daripada malt coklat ini.
Malah apabila kita memesan minuman dan makanan di aneka kedai makanan dan gerai, ada banyak pilihan makanan dan minuman yang berasaskan malt coklat.
Di sini kami senaraikan lima hidangan mudah berasaskan malt coklat yang anda boleh sediakan sendiri di rumah atau boleh dapatkan di kedai makan.
Minuman Malt Coklat Tabur
Minuman coklat tabur adalah sejenis minuman yang perlu diminum sejuk. Ia tersedia apabila air coklat ais yang telah siap dibancuh, ditaburkan pula dengan serbuk minuman malt coklat pada permukaannya.
Serbuk malt coklat tidak larut kerana bancuhan asas dingin. Ini memberi peluang untuk penggemar merasai terlebih dahulu serbuk minuman coklat semasa menghirup minuman.
Tergantung jenama minuman malt coklat yang digunakan, sesetengah tempat memberikan nama seperti ‘Milo Dinosaur’ atau ‘Milo Tabur’ kerana ia menggunakan serbuk Milo.
Kuantiti yang ditaburkan berbeza-beza, mengikut tempat makan. Kebiasaannya golongan kanak-kanak akan tertarik dengan hidangan ini namun perlu diingatkan, penambahan serbuk malt coklat juga bermaksud penambahan kandungan gula dalam minuman. Jadi berpada-pada ketika meminumnya.
Neslo
Neslo adalah minuman yang menggabungkan serbuk Nescafe dan serbuk Milo. Ia dibancuh bersama dan dihidangkan secara sejuk atau panas.
Neslo mempunyai rasa manis dan rasa coklat Milo bersama rasa sedikit pahit dari Nescafe selain aroma enak yang datang dari campuran dengan susu pekat atau gula secukup rasa.
Kini di Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan minuman ini di semua kedai makan malah anda sendiri boleh cuba membuatnya di rumah. Paling enak dinikmati di waktu pagi dalam bentuk panas.
Aiskrim Malt Coklat
Sebagai rakyat Malaysia anda pasti mengenali ‘Aiskrim Malaysia’ yang merupakan manisan ais ciptaan warga tempatan.
Aiskrim Malaysia berperisa malt coklat adalah antara perisa favourite ramai dan boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mudah.
Jika tidak jumpa plastik aiskrim Malaysia, boleh juga gunakan acuan ‘popsicle‘ atau aiskrim biasa yang boleh didapati di kedai-kedai biasa.
Anda hanya perlu bancuhkan serbuk malt coklat pilihan mengikut cita rasa anda dan masukkan ke dalam plastik aiskrim dan kemudian bekukannya dalam peti ais.
Ia boleh dihidangkan semasa majlis keraian atau dibawa untuk berkelah dan sebagainya.
Tip kami– jangan kedekut dengan serbuk malt coklat dan letakkan sedikit susu cair dan susu pekat dalam bancuhan aiskrim anda untuk menjadikan ia lebih enak.
Roti Tabur Malt Coklat
Kebanyakan masyarakat dunia menjadikan roti sebagai makanan utama di waktu sarapan. Anda boleh mencuba untuk membuat roti tabur malt coklat.
Caranya mudah, gunakan roti buku biasa, lebih elok jika roti putih. Taburkan serbuk malt coklat dan tuangkan sedikit susu pekat di atasnya. Kalau mahu variasi, boleh tambahkan hirisan pisang atau sedikit mentega kacang.
Ia sesuai juga dibuat bekal untuk anak-anak ke sekolah mahupun anda yang mahu ke tempat kerja. Ringkas dan mudah untuk disediakan.
Kuih Berasaskan Malt Coklat
Kepada yang gemar membuat kuih, anda boleh mencuba untuk mengolah resipi kuih tradisional dan moden untuk menjadikan ia berperisa malt coklat.
Sebagai contoh, kuih lapis malt coklat boleh dibuat menggunakan cara pembuatan yang sama seperti kuih lapis tradisional.
Variasi kuih lain yang boleh dicipta berasaskan minuman malt coklat adalah puding coklat, dadih coklat dan sebagainya. Kuih-muih dan manisan ini menarik untuk dijadikan sajian minum petang anda.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Adila LCS
Leave a Reply