Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini admin nak kongsikan sedikit cara-cara nak memulakan perniagaan vending machine@mesin layan diri di Malaysia.
Jom ikuti cara-cara memulakan perniagaan vending machine@mesin layan diri di bawah !
- Buat kajian mengenai perniagaan vending machine@mesin layan diri
Di zaman moden sekarang, anda boleh bertanya Pakcik Google di internet mengenai vending machine atau mesin layan diri. Segala maklumat mengenai perniagaan vending machine anda boleh dapat dengan mudah. Jika anda ingin ilmu yang lebih, anda juga boleh bertanya dan belajar dengan mereka yang pernah melakukan perniagaan ini dan sedikit sebanyak mereka boleh kongsikan baik dan buruk mengenai perniagaan vending machine melalui pengalaman mereka sendiri.
- Pilihan mesin anda
Antara vending machine yang biasa dipilih dalam perniagaan vending machine@mesin layan diri seperti mesin air tin/”air gedegang”, mesin kerusi urut, mesin snek/makanan ringan, dan dobi layan diri. Kesemua mesin ini beroperasi 24jam dan anda hanya perlu mengikut minat dan bersesuaian dengan anda.
- Survey harga dari pembekal mesin layan diri
Sebagai pembeli kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan kita juga berhak untuk memilih serta membuatkan perbandingan harga. Di malaysia terdapat banyak pembekal bagi barangan vending machine. Anda juga boleh buat carian di internet mengenainya. Pastikan vending machine yang ditawarkan berpatutan serta mempunyai jaminan. Kebiasaannya jaminan bagi sesuatu vending machine yang baru adalah 1 tahun dan refurbished 6 bulan.
- Lokasi yang strategik untuk mesin layan diri anda
Pemilihan lokasi adalah perkara yang paling penting dalam perniagaan mesin layan diri. Keuntungan sesuatu vending machine bergantung pada lokasi yang anda pilih. Pastikan anda mendapatkan lokasi bagi menempatkan vending machine anda terlebih dahulu sebelum anda membuat pembelian mesin layan diri anda.
- Pemantauan berkala pada mesin anda
Setelah selesai proses pemasangan vending machine di lokasi anda, anda hendaklah menjaga dan pantau perniagaan vending machine anda . Kerja anda hanya perlu mengutip duit dan memantau mesin layan diri anda. Ada yang memerlukan pemantauan 1-2 kali seminggu, ada yang 2 hari sekali dan ada mesin layan diri yang memerlukan anda membuat pemantau sehari sekali.
Selain itu, pastikan anda rekodkan hasil kutipan bagi mesin layan diri anda setiap bulan bagi memastikan hasil kutipan jualan yang dihasilkan memberi keuntungan.
Apa Lagi Jom PM Kami di “Kenshou Vending” Malaysia No.1 Vending Machine Operator & Supplier Sejak Tahun 2009 Kami Juga Membekalkan ;-
- Vending Machine Cup H0t & Cold Drink RM1 Secawan
- Vending Machine Kerusi Urut , RM1 = 3 Minit Urut
- Vending Mesin Air Tin Sejuk, ( Boleh Jual Pelbagai Air Tin & Botol )
- Vending Mesin Washing Machine ( Dobi layan diri mampu milik )
- Vending Mesin Air Tapisan ( Mesin Jual Air Tapisan Jual 10 sen = 1 Liter )
- Vending Mesin Kiddy Rides (Mainan Kanak-kanak)
WhatApps HotlineTo Kenshou Vending Crew : ADMIN KENSHOU 010 231 7188
Office dan Showroom & Kilang Di:
Kenshou Vending Supplies, Block Suria A Industrial Lot, Jalan TBP 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 47500 Subang Jaya, Selangor ( Bersebelahan Kilang Gula CSR Batu 3) Waze je/tekan link ni https://waze.to/lr/hw281qyxtn )
Atau Pilih Mesin Layan Diri Anda Di Sini Klik link ini :- http://bit.ly/1KhmoK1
Tak sabar nak tahu , Nak Quotation Cepat! Special Promo! Dapatkan Katalog klik di link ini http://goo.gl/NRTGTM
Kalau nak PM kami Di facebook Kami klik Link ini Facebook.com/vendingexpert atau link http://m.me/VendingExpert
Leave a Reply