Tinggi Kandungan Antioksidan
Kopi merupakan salah satu minuman yang mengandungi tinggi antioksidan. Chlorogenic acid adalah merupakan salah satu antioksidan yang didapati daripada biji kopi. Ia merupakan salah satu metabolit daripada kumpulan polyphenol dan komponen utama yang didapati daripada biji kopi.
Secara spesifiknya, kajian mendapati bahawa chlorogenic acid memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti biologi seperti bertindak sebagai antioksidan, antibakteria dan anticarcinogenic. Bahkan ianya juga didapati dapat memberikan kesan hypoglycemic serta hypolipidemic.
Sementara itu, dalam kajian lain pula mendapati bahawa aktiviti antiokisdan di dalam air kopi adalah lebih tinggi berbanding dengan air teh dan juga wine merah.
1. Bertindak sebagai Energy Booster
Lazimnya, minuman kopi ini sentiasa menjadi pilihan individu ketika bersarapan mahupun ketika ingin menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja. Kopi sememangnya sangat popular dengan keupayaannya dalam memberikan tenaga atau membuatkan si peminumnya berada dalam keadaan berjaga (stay awake).
Ini adalah kerana, kopi mengandungi sejenis ‘bahan rangsangan’ yang bertindak terhadap sistem saraf pusat (central nervous system) iaitu kafein. Umumnya, kafein akan diserap kedalam salur darah dan dibawa ke sistem saraf (otak).
Seterusnya, ia akan bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosine, kompoun kimia yang menyebabkan individu berasa penat dan mengantuk . Dalam masa yang sama ia juga akan merangsang aktiviti hormon adrenaline dan menyebabkan individu berada dalam keadaan berjaga.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Kandungan polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis.
3. Berpotensi Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser
Kopi yang kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Seperti yang kita sedia maklum, antioksidan merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif.
4. Memberi Kesan Hypolipidemic
Kandungan chlorogenic acid di dalam kopi didapati dapat membantu mengurangkan paras lemak di dalam tubuh individu. Ini disebabkan oleh chlorogenic acid yang mampu meningkatkan metabolisma lemak di dalam hati.
5. Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer’s
Sebuah kajian mendapati bahawa pengambilan kopi dalam kalangan warga pertengahan usia dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer’s sebanyak 65%. Ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidan yang dimainkan oleh kopi serta peningkatan kadar sensitiviti insulin.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply