1. untuk wanita lepas berpantang
Kebiasaannya wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin atau berpantang. Kacip fatimah merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang.Kacip fatimah dipercayai mampu membantu tubuh badan wanita segar semula dan kembali cergas seperti sedia kala.
Kandungan antioksidan dan sebatian bioaktifnya membantu memberikan kecergasan. Menurut kajian oleh para penyelidik di UTM Skudai pada tahun 2011, mereka mengakui kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah yang bagus untuk kesihatan. Dalam kajian mereka juga, mereka menjumpai beberapa lagi sebatian bioaktif yang bermanfaat seperti quercetin, myricetin, kaempferol, catechin, epigallocatechin dan asid fenolik.
2. Menjaga kesihatan sistem peranakan wanita
Sejak zaman nenek moyang kita dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem peranakan wanita.
Sistem peranakan yang sihat adalah sangat penting bagi memastikan wanita tidak mengalami sebarang masalah kesuburan dan tidak mempunyai masalah sistem peranakan yang lain seperti rahim jatuh. Mereka mengulas kegunaan tradisional kacip fatimah dalam penjagaan wanita khususnya. Hal ini boleh dikaitkan dengan kehadiran flavonoid dan asid fenolik yang tinggi dalam kacip fatimah.
3. Memberikan tenaga
Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu. Hari ini, ada banyak juga air rebusan akar fatimah segera yang dijual dalam tin di kedai. Kalau tak sempat untuk membuat air rebusan akar fatimah, air dalam tin adalah alternatif yang baik. Namun kandungan gulanya mungkin agak tinggi.
4. Meningkatkan fungsi seksual wanita
Ini adalah khasiat kacip fatimah yang paling popular. Bagi kaum lelaki, meminum air tongkat ali akan memberikan mereka kegagahan dan kekuatan. Untuk wanita pula, air rebusan akar fatimah dikatakan mampu meningkatkan fungsi seksual dan mengelakkan masalah seperti mati putik dan kekeringan. Hal ini menarik minat kajian mendalam oleh penyelidik di Universiti Missisipi, Amerika Syarikat pada tahun 2011. Analisis ke atas akar kacip fatimah mendapati bahan aktif yang meningkatkan fungsi seksual wanita ini ialah demethylbelamcandaquinone B, fatimahol dan dexyloprimulanin.
5. Mengetatkan bahagian intim
Kacip fatimah menjadi kegilaan kaum wanita kerana ianya dikatakan mampu mengetatkan bahagian intim. Wanita yang pernah melahirkan atau yang sudah berusia pastinya inginkan kesan ini bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga. Tak salah kalau anda mencuba, sedangkan dalam islam kita digalakkan untuk sentiasa berikhtiar selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama.
6. Mengurangkan gejala menopos
Bagi wanita yang menghampiri menopos atau sudah menopos, anda pasti tahu bahawa gejala menopos adalah sangat mengganggu dan menggangu urusan seharian. Menurut kajian sains, kacip fatimah adalah herba yang kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones” yang mampu mengurangkan gejala menopos.
7. Memudahkan proses bersalin
Tahukah anda, selain nama kacip fatimah, ia juga dikenali sebagai selusuh fatimah kerana khasiatnya yang mampu memudahkan proses bersalin. Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabila anda mula berasa sakit nak bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang lama yang terbukti berkesan.
8. Meredakan sakit perut bayi
Jika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
-Anda memerlukan sedikit daun kacip fatimah dan minyak masak
-Hancurkan daun kacip fatimah dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sedikit minyak masak
-Ramas sehingga sebati
-Tampal bahan tadi ke perut bayi anda dan biarkan sehingga kering. Insya Allah sakit perut bayi anda akan hilang
9. Membetulkan kitaran haid
Jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal, anda boleh berikhtiar untuk membetulkan kitaran haid anda dengan cara meminum air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten. Pengambilan kacip fatimah secara konsisten adalah salah satu cara tradisional untuk menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda menjadi betul semula. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:
Ambil sedikit akar kacip fatimah dan beberapa biji manjakani rebus sehingga mendidih, tutup api, masukkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa pahit dan minum satu cawan setiap pagi.
10. Mengurangkan senggugut
Jika anda selalu senggugut, petua meminum air rebusan akar kacip fatimah akan membantu untuk mengatasi masalah tersebut.
Anda boleh buat air rebusan kacip fatimah dan manjakani seperti cara yang kami nyatakan di atas.
n perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
- Chocolate Malt (Original)
- Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
- White Coffee
- Cappucino
- Mocha
- Hazelnut
- Latte
- Malt Horlick
- Teh Tarik
- Teh’O Lemon
- Kacip Fatimah W/Coffee
- Tongkat Ali W/Coffee
- Black Coffee (Kopi O)
Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder
Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb
Penulis : Amir LCS
Leave a Reply