Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 5 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Serbuk Minuman Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH)

August 28, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

5 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Serbuk Minuman Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH)

144
SHARES
ShareTweet

Kopi dengan kita memang tak dapat dipisahkan. Bila nak kerja, nak study, mengantuk nak tertidur, penyelamatnya ialah kopi. Coffee is our bestfriend!

Aromanya yang wangi, sedap… Memang buat semua tergila-gilakan kopi. Kopi boleh dihidangkan panas atau sejuk mengikut cita rasa masing-masing. Biasa you guys buat kopi apa je? Apa kata kita ubah sikit resepi, mana la tau bosan kan hari-hari minum kopi yang sama. Jom ikuti resepi kopi yang guarantee sedap!

1. Kopi Halia

Halia sememangnya membawa banyak khasiat, halia ni boleh berfungsi untuk panaskan badan, buang angin dan membantu dalam melancarkan penghadaman. Haa, banyak kan khasiat halia ni? Kepada penggemar kopi tu, try la campur kopi dan halia. Tak tipu, you guys akan suka kopi halia selepas hirupan pertama!

Image from cari.com

Bahan-bahan:

  • 2 cawan serbuk minuman kopi
  • 1/2 cawan halia kering
  • 6 sudu besar biji ketumbar

Cara-cara:
1. Sangrai (toastkan dalam kuali tanpa minyak) biji ketumbar menggunakan api kecil dalam 2 – 3 minit.
2. Tumbuk halia.
3. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan biji ketumbar dalam blender.
4. Gaulkan serbuk minuman kopi dan serbuk campuran halia dan biji ketumbar. Jadi dah serbuk kopi.
5. Masukkan air panas dan campuran serbuk minuman kopi ke dalam periuk. Tambahkan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
6. Tapiskan. Kopi halia siap untuk dinikmati!

2. Kopi Tarik Ais

Biasa dengan teh tarik je kan? Kopi pun boleh tarik tau. Aromanya lebih emm, dengan buih-buih yang ada atas tu, buatkan minuman ni lagi sedap! Rasa kopi yang pekat dan kaw, fuh memang mantap!

Image from Ginnny's Blog

Bahan-bahan: 

  • 2 sudu besar serbuk minuman kopi
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 cawan susu segar
  •  Cawan dan penutup

Cara-cara: 
1. Masukkan serbuk minuman kopi, gula dan air ke dalam cawan. Tambahkan susu segar.
2. Tutup cawan dengan penutup dan goncangkan.
3. Tuangkan ke dalam cawan lain yang berisi ais. Jangan lupa tarik!

3. Kopi ais

Iced coffee sudah tentu menjadi kegemaran semua. Dah jadi satu rutin untuk grab a coffee sebelum kerja atau study. Jom buat iced coffee yang istimewa sendiri. Confirm lepas ni tak beli luar dah.

Image from umauma.id (Instagram)

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu maple syrup (atau madu)
  • 1/4 cawan susu segar (boleh gunakan oat milk)

Cara-cara:
1. Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan. Masukkan serbuk minuman kopi, gula dan maple syrup. Kacaukan.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan ketulan ais dan susu.
3. Akhir sekali, masukkan kopi. Siap!

4. Affogato Coffee

Affogato coffee sememangnya menjadi dessert kegemaran untuk peminat kopi. Mana taknya, rasa aiskrim vanila gabung dengan kopi yang sedap. Jom rasai kenikmatan Italian dessert ini! Tak perlukan coffee machine tau…

Image from Jalan Jalan Pusing Pusing

Bahan-bahan:

  • 2 sudu teh serbuk minuman instant coffee atau serbuk minuman esspresso
  • 1/2 cawan air
  • 2 scoop asikrim vanila
  • Chocolate shavings

Cara-cara:
1. Bancuh kopi dengan air seperti biasa.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan aiskrim. Tuangkan air bancuhan kopi tadi.
3. Letakkan chocolate shavings sebagai topping.

5. Kopi Dalgona

Minuman viral ini memang sedap. Mana taknya, rasa lemak manis, penuh berkrim! Nak hasilkan kopi Dalgona ni senang je… Jom cuba resepi ini, kalah kafe-kafe di luar.

Image from ihsanlikestoeat (Instagram)

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 genggam ais

Cara-cara:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar serbuk minuman instant coffee, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar air panas. Pukul selama 5 minit sehingga dapat konsitensi ‘stiff peak‘.
2. Masukkan ais dan susu dalam cawan. Masukkan whipped coffee.

 

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Adila LCS

Comments

comments

144
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized Tagged With: khasiat serbuk minuman, OEM Serbuk Minuman, serbuk minuman, serbuk minuman berkhasiat, serbuk minuman berperisa, serbuk minuman campuran segera, serbuk minuman coklat, serbuk minuman enak, serbuk minuman hazelnut, serbuk minuman horlick, serbuk minuman kopi, serbuk minuman malaysia, serbuk minuman mocha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

Pembekal Powder Ice Blended

Kami membekalkan powder Flavour Ice  Blended dengan harga yang Berpatutan.. Antara Flavour […]

Haram Menukar Serbuk Minuman Milo Dengan Serbuk Minuman Coklat Dalam Minuman – MUFTI

Tidak dinafikan air Milo yang dijual di kedai kopi atau restoran sangat […]

4 Sebab Bisnes Minuman Menggunakan Serbuk Minuman Menguntungkan

Peluang yang besar dalam perniagaan minuman Minuman adalah keperluan asas manusia dari […]

5 Lokasi Terbaik Untuk Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Jadi, dimanakah lokasi terbaik untuk vending machine @ mesin layan diri diletakkan? […]

4 Serbuk Minuman Herba Yang Baik Untuk Kesihatan

Bagi sesetengah orang minuman herba bukanlah minuman yang enak untuk dinikmati. Tiada […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in