Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 4 Serbuk Minuman Herba Yang Baik Untuk Kesihatan

December 11, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

4 Serbuk Minuman Herba Yang Baik Untuk Kesihatan

64
SHARES
ShareTweet

Bagi sesetengah orang minuman herba bukanlah minuman yang enak untuk dinikmati. Tiada siapa yang sanggup menghabiskan secawan minuman herba yang pahit walaupun ketika dalam keadaan sakit sekalipun. Jalan terbaik bagi melegakan rasa sakit bagi kebanyakan daripada kita ialah mengambil ubat-ubatan daripada klinik dan hospital. Sebagai contoh ketika sakit kepala. Kita lebih gemar mengambil ubat penahan sakit seperti panadol. Perkara yang sama juga kita lakukan apabila menghidapi sakit-sakit ringan seperti demam, batuk dan selesema. Kebanyakan daripada kita akan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan sijil cuti sakit selama beberapa hari untuk merehatkan diri di rumah.

Sebenarnya anda boleh mendapatkan sumber rawatan pelbagai jenis penyakit dan sakit-sakit ringan menerusi rawatan herba. Herba biasanya merujuk kepada tumbuhan meliputi bahagian hijau tumbuhan, akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perrubatan tradisional pada zaman dahulu oleh pelbagai bangsa di dunia menerusi kaedah rawatan masing-masing.

Herba Yang Sering Digunakan Dalam Perubatan

Anda tidak perlu memikirkan herba pelik yang hanya terdapat di dalam hutan dan sukar di dapati untuk memulakan rawatan penyakit melalui penggunaan herba. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba umum yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit-penyakit ringan seperti sakit kepala, demam, batuk, selesema, muntah-muntah, sakit badan, sendi otot, sakit urat, merawat luka kecil dan sebagainya.

Kadang-kadang bahan-bahan herba ini sudah terdapat di dapur rumah kita tanpa kita sedari manfaatnya kepada kesihatan kita. Antara tumbuhan herba yang paling mudah untuk memulih dan memperbaiki kesihatan anda ialah bawang putih, halia, teh hijau, teh chamomile, kunyit, madu, lemon dan sebagainya.

  • Kunyit : Berkesan untuk menghilangkan sakit kepala, kesakitan PMS ketika haid dan sakit otot.
  • Teh peppermint : Berkesan menghilangkan rasa mual dan ketidakselesaan perut disebabkan angin berlebihan dalam usus dan keracunan makanan
  • Jus lemon : Baik untuk merawat luka serta mengelakkan jangkitan luka luaran dan dalaman.
  • Halia : Menghilangkan rasa loya dan muntah-muntah
  • Cuka epal : Melegakan masalah sembelit dan memperbaiki kesihatan usus besar dan usus kecil.
  • Ginseng : Merawat penyakit berkaitan sendiri seperti arthritis.
  • Cengkih : Merawat pelbagai sakit ringan termasuk selesema, sakit kepala dan sakit gigi.

Pada masa kini pelbagai jenis minuman herba boleh dibeli dengan mudah di pasaran. Bagi memudahkan para pengguna menikmati minuman herba yang lebih enak dan tidak pahit, ia digabungkan dengan minuman kegemaran lain yang enak seperti teh. Syarikat-syarikat yang menghasilkan produk minuman herba ini juga memastikan minuman herba ini dapat bertahan lebih lama untuk simpanan jangka masa panjang. Jadi anda boleh minum pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Bagi anda yang ingin beralih daripada rawatan ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan kepada alternatif rawatan herba, berikut ialah enam minuman herba untuk memulih dan memperbaiki kesihatan anda secara lebih selamat.

1. NANO Detox & Cleanse

Produk minuman herba dari Jepun ini merupakan sejenis minuman detoks yang akan membersihkan sistem dalaman badan anda dari kekotoran toksik terutama di bahagian usus. Ia merupakan minuman dengan formula enzim daripada tumbuhan bagi menangani masalah toksin yang menyebabkan pelbagai masalah kepada kesihatan termasuk penyumbatan salur darah yang menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti masalah kelesuan dan kesihatan jantung. Ia juga baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara pengeluaran toksin dalam badan.

Minuman detoks ini akan memecahkan lemak dan toksin dalam badan yang akhirnya dibuang menerusi sistem perkumuhan kita. Ia juga memperbaiki sistem peredaran darah yang dapat mengembalikan kesihatan organ penting terutamanya hati, buah pinggang dan pankreas.

Minuman ini baik diambil dalam tempoh dua jam sebelum makan tengah hari atau makan malam. Anda hanya perlu mencampurkan 1 atau 2 sudu serbuk minuman ini dalam secawan air biasa atau air sejuk. Rasanya cukup enak dan berkhasiat.

2. Nutriva Tiger Boost

Minuman herba bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan dan masalah paru-paru. Ia menggabungkan campuran herba sejenis cendawan dipanggil Tiger Milk dan cordyceps sinensis yang baik untuk rawatan masalah yang melibatkan pernafasan dan paru-paru. Minuman herba ini membantu mengurangkan atau memulihkan mereka yang menghadapi masalah seperti asma, batuk, perokok, kelemahan sistem imunisasi yang sering menyebabkan anda jatuh sakit, lemah dan lesu badan serta mereka yang mengalami tekanan atau stres.

Cendawa Tiger Milk ini telah diakui keberkesannanya dalam rawatan penyakit berkaitan pernafasan sejak berabad lamanya. Herba ini mengandungi sejenis bahan bioaktif yang memberikan kesan terhadap sistem terapeutik manusia. Cordyceps sinensis pula ialah sejenis cendawan fungus sejak lebih 2000 tahun terutama dalam perubatan tradisional masyarakat Cina.

 

3. Pukka Night Time 20 Tea Sachets

Damaikan jiwa dengan secawan minuman herba. Minuman ini adalah campuran bahan seperti lavender, sitrus dan bunga oat. Ia didatangkan dalam bentuk beg seumpama teh yang mudah di mana anda hanya perlu mencampurkannya dengan air panas atau suam dalam secawan minuman. Ia tidak mengandungi kafein. Oleh itu minuman herba ini amat disarankan diambil setiap kali sebelum anda tidur. Ia memberikan rasa ketenangan dan selesa saat anda ingin melelapkan mata dan seterusnya menikmati tidur yang lena. Minuman herba ini baik bagi mereka yang menghadapi masalah tidur yang tidak lena.

 

4. Eu Yan Sang Jun Ging Powder

Minuman herba ini adalah produk keluaran syarikat minuman herba popular Eu Yan Sang. Ia mengandungi pelbagai campuran herba seperti Rhizoma Gastrodiae, Rhizoma Atractylodis Macrocephalae, Concretio Silicea Bambusae, Radix Paeoniae Alba, Rhizoma Dioscorea dan pelbagai lagi campuran herba. Ia baik untuk kanak-kanak termasuk mereka yang berusia antara 1 sehingga 3 tahun yang mengalami masalah penyakit umum seperti demam, batuk, selesema, muntah, cirit-birit dan menangis pada waktu malam. Campurkan serbuk herba ini ke dalam air suam dan diminum seperti biasa bagi kanak-kanak.

n perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

Comments

comments

64
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

STRATEGI PEMASARAN SERBUK MINUMAN

Strategi pemasaran bagi produk serbuk minuman merupakan suatu elemen yang sangat utama […]

Vending Machine @ Mesin Layan Diri Kopi

Adakah anda peminat kopi? Jika ya, keenakan kopi di pagi hari sudah […]

Apa Yang Vending Machine Kerusi Urut Boleh Buat Dengan RM1

Vending Machine Kerusi Urut Pernahkah terlintas difikiran anda, apa yang RM1 boleh […]

SouveNEAR Vending Machine @ Mesin Layan Diri

Kini Anda Boleh Dapatkan Hadiah Artisan Tempatan Dari vending machine @ mesin […]

5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine

Ingin memulakan perniagaan mesin layan diri atau vending machine ? Mudah ke […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2023 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in