Kenshou Vending Machine Layan Diri Supplier & Operator

  • Home
  • Ask A Quotation
  • Panduan Bisnes Vending Machine
  • Contact Us
You are here: Home / Uncategorized / 10 Khasiat Kopi Dalam Serbuk Minuman

October 9, 2022 by Author 1 Admin 1 Leave a Comment

10 Khasiat Kopi Dalam Serbuk Minuman

48
SHARES
ShareTweet

Tinggi Kandungan Antioksidan

Kopi merupakan salah satu minuman yang mengandungi tinggi antioksidan. Chlorogenic acid adalah merupakan salah satu antioksidan yang didapati daripada biji kopi.  Ia merupakan salah satu metabolit daripada kumpulan polyphenol dan komponen utama yang didapati daripada biji kopi.

Secara spesifiknya, kajian mendapati bahawa chlorogenic acid memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti biologi seperti bertindak sebagai antioksidan, antibakteria dan anticarcinogenic. Bahkan ianya juga didapati dapat memberikan kesan hypoglycemic serta hypolipidemic.

Sementara itu, dalam kajian lain pula mendapati bahawa aktiviti antiokisdan di dalam air kopi adalah lebih tinggi berbanding dengan air teh dan juga wine merah.

 

1. Bertindak sebagai Energy Booster

Lazimnya, minuman kopi ini sentiasa menjadi pilihan individu ketika bersarapan mahupun ketika ingin menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja. Kopi sememangnya sangat popular dengan keupayaannya dalam memberikan tenaga atau membuatkan si peminumnya berada dalam keadaan berjaga (stay awake).

Ini adalah kerana, kopi mengandungi sejenis ‘bahan rangsangan’ yang bertindak terhadap sistem saraf pusat (central nervous system) iaitu kafein. Umumnya, kafein akan diserap kedalam salur darah dan dibawa ke sistem saraf (otak).

Seterusnya, ia akan bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosine, kompoun kimia yang menyebabkan individu berasa penat dan mengantuk . Dalam masa yang sama ia juga akan merangsang aktiviti hormon adrenaline dan menyebabkan individu berada dalam keadaan berjaga.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Kandungan polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis.

3. Berpotensi Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser

Kopi yang kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Seperti yang kita sedia maklum, antioksidan merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif.

4. Memberi Kesan Hypolipidemic

Kandungan chlorogenic acid di dalam kopi didapati dapat membantu mengurangkan paras lemak di dalam tubuh individu. Ini disebabkan oleh chlorogenic acid yang mampu meningkatkan metabolisma lemak di dalam hati.

5. Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer’s

Sebuah kajian mendapati bahawa pengambilan kopi dalam kalangan warga pertengahan usia dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer’s sebanyak 65%. Ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidan yang dimainkan oleh kopi serta peningkatan kadar sensitiviti insulin.

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.
  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

Comments

comments

48
SHARES
ShareTweet

Filed Under: Uncategorized

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mulakan Carian

Artikel Pilihan

Serbuk Minuman Pelbagai Rasa – Areefa Premix Drinks

KENAPA ANDA RUGI KALAU TIDAK MENCUBA SERBUK MINUMAN KAMI SEKARANG?? Nak tahu kenapa? […]

Vending Machine @ Mesin Layan Diri Medallion & Syiling Emas 18K

Tahukah anda selain vending machine @ mesin layan diri minuman, makanan, dan […]

Mesin Layan Diri @ Vending Machine Pembalikan Duit KLEAN

Mengikut Vulcan Post (27/03/2018) Vending machine @ mesin layan diri pembalikan duit […]

Vending Machine@Mesin Layan Diri Menjual Serangga

Seorang pemilik kedai di selatan Jepun telah memasang mesin layan diri yang […]

Tips Mudah Elak Serbuk Minuman Milo Menjadi Keras

Serbuk minuman seperti Milo, Horlick, Nescafe, dan Kopi merupakan serbuk minuman yang […]

Artikel Terkini

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Menarik Mengenai Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Tips Beli Air Murah Mesin Layan Diri@ Vending Machine Di Jepun
  • 5 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Dalam Bisnes Mesin Layan Diri@Vending Machine
  • Langkah – Langkah Untuk Servis Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Lokasi Mudah Untuk Meletakkan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • Cara Buat Duit Dengan Mesin Layan Diri @ Vending Machine
  • 10 Kebaikan Serbuk Minuman Kacip Fatimah Kepada Wanita

COMPANY PROFILE

Our company is specialized in Massage chairs, SPA , Gym and Sport Equipment, Therapy machine, and Health Care Products under the brands of “kenshou”.

Our company was established in 2009. We specialize in supplying , import & exporting all kinds of healthcare & sport & Gym apparatus.

Recent Post

  • Mesin Layan Diri @Vending Machine Mystery Box
  • 5 Jenis Mesin Layan Diri @ Vending Machine Yang Menarik
  • Fakta Mesin Layan Diri @ Vending Machine

Copyright © 2025 · Executive Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in